Assalamu’alaikum…

Pais Ikan Siakap yang Sedap dan Mudah – Sejak saya keja kat Pahang ni, itula baru kali pertamanya saya tau apa itu pais ikan atau pun ikan pais. Penah la sekali dulu masa program universiti (saya dan hubby terlibat sama) kat pahang, kami ada singgah rumah salah seorang ajak program. Masa tu mak dia hidang ikan gulai tempoyak. Tapi masa tu saya tak reti makan, makan gitu-gitu je (sebab takpenah makan tempoyak). Tapi hubby, kata dia suka lauk tu, dia nak saya belaja buat lauk tu.

Saya buat dek je akan permintaan itu sebab tak suka makan tempoyak, tak pernah pun actually. Ambik kau la ni sejak dok pahang, asal turun temerloh mesti nak cari gulai ikan tempoyak kedai Pak Yasop yang femes sedap sungguh tu.

Waahhh… ni anak da kuar sorang baru tergerak ati nak buat lauk permintaan hubby. hehehe.. Tapi ni nak buat pais ikan la sebab potluck sebelum pose hari tu ada lauk pais ikan yang sedap so teringin plak nak buatnye dengan harapan hubby pun akan teruja dengan aroma tempoyak bila nak buka pose.huhu..

Ok..kita trus je kepada cara-cara nak buatnya. Entri ni khas atas permintaan kawan facebook.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (saiz sedang)
  • 4 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1/2 cm halia (kisar)
  • 2 hiris lengkuas (kisar)
  • 1/2 cm kunyit hidup (kisar)
  • 3-4 biji cili merah (kisar)
  • 1 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • Garam dan gula/perasa
  • 1 sudu kecil sos ikan (option)
  • Minyak Daun pisang/aluminium foil

Cara-cara penyediaan:

  • Ikan dibersihkan dan dilap dengan kitchen towel.
  • Perasakan dengan sedikit garam.
  • Panaskan kuali,tumiskan bahan kisar hingga terbit bau.
  • Sesuaikan rasa, tambah garam, gula/perasa, jus limau nipis dan sos ikan.
  • Tutup api Lapik ikan atas daun pisang/al.foil,kemudian lumurkan bahan tumisan ke atas ikan.
  • Perapkan sebentar.
  • Kemudian bolehlah dibakar hingga masak (saya panggang/bakar atas dapur gas jer guna kuali leper roti jala)

Tips:

  1. Untuk mendapatkan tekture Pais Ikan yang menarik dan berbau wangi apabila siap dimasak adalah bergantung kepada pemilihan ikan yang segar a.k.a baru naik dari laut.
  2. Untuk memilih ikan pastikan insang ikan masih belum berwarna merah kelebaman dan mata ikan juga tidak merah. Basuh dan bersihkan isi perut ikan kemudian toskan airnya.
  3. Boleh gunakan daun kunyit dan juga daun pisang untuk balut ikan. Lepas letak daun kunyit, balutkan dengan daun pisang.
  4. Garam adalah optional bergantung kepada rasa tempoyak yang anda guna. Kalau tompayak dah masam dan masin, tak perlu tambah lagi garam.
  5. Cili padi boleh kurangkan untuk yang tak suka makan pedas.
  6. Boleh bakar guna arang, tudung periuk ikut suka anda. Saya guna kuali ajaib senang!

Selamat mencuba…

Read More: Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar Paling Sedap

Pais Ikan Siakap yang Sedap dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *