Assalamu’alaikum…

Menu Terbaik yang Wajib Cuba. Ikan Siakap Bakar Sambal Kelapa – Ikan siakap selain sedap dimasak asam pedas, pada saya ia juga sedap dibakar. Untuk menambahkan keenakkannya, perlulah ada sambal. Sedap juga jika dibakar dan dicicah dengan air asam. Time ni saya tak pernah buat asam pedas. So, saya bakar jer ler yang retinyer. Hihi… Disebabkan taknak dikata bakar kosong, saya sertakan dengan sambal. Takyah buat lauk lain yang berkuah dah. Kawan dengan sayur goreng dah cukup.

Okey… lah ikan bakar sambal kelapa ini adalah menu yang saya bawa ke rumah kawan minggu lepas untuk lunch bersama. Alhamdulillah ramai yang suka dengan resepi ini. Saya pun suka jika dibandingkan dengan ikan bakar sumbat sambal.

Resepi ini bagi yang gemar kelapa mungkin lebih mengemarinya. Saya tambah santan sedikit disebabkan saya guna kelapa kering. Kaedah masih sama saya bakar diatas kuali grill je dan ditutup dengan aluminium dan kali ini baunya lebih terasa disebabkan dibalut dengan daun kunyit pemberian mak yang baru tiba minggu lepas…

Untuk lebih jelasnya, segera jom tengok resepi kat bawah ni yang mudah dan sedaaaappp… hehehe…

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor Ikan Siakap
  • 1 biji limau kasturi
  • 1 sudu besar madu
  • Sedikit garam
  • 1-2 sudu besar minyak masak
  • 1 helai daun pisang (untuk membalut Ikan)

Bahan-Bahan Kisar:

  • 1 cawan kelapa parut
  • 4-5 batang cili merah/hijau
  • 4-5 biji cili padi.
  • 1 inci kunyit/kunyit serbuk
  • 5-6 biji bawang merah
  • 2-3 bawang putih
  • 2 batang serai (dihiris)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)

Cara Membuat:

  • Bersihkan Ikan dan keringkan.
  • Kisarkan bahan bahan kisar hingga halus, masukan garam dan madu, perahkan sedikit sebiji limau sebagai perasa.
  • Letakan diatas daun pisang dan sapukan ikan dengan bahan kisar diluar dan dalam ikan tadi.
  • Tuangkan sedikit minyak keatas ikan. Bungkuskan ikan dengan daun pisang supaya menutupi kesemua ikan (saperti digulung)
  • Panaskan ketuhar selama 10 minit dalam mode ‘Grill’.
  • Bakar ikan selama 30 minit, kemudian balikkan dan bakar lagi selama 30 minit.

Tips:
Pastikan anda tidak menggunakan api yang terlalu kuat ketika memanggang ikan kerana untuk mengelakkan dari iklan dari terlebih masak, ini akan menyebabkan ikan kehilangan lembapan dan menjadi terlalu kering atau keras.

Semoga apa yang telah dikongsikan boleh bermanfaat untuk semua. Maaf lah bila ada salah dari saya, bila ada kekurangan pada bahasan kali ni. Selamat mencuba….

Read More: Cara Masak Ikan Jenahak Bakar Sambal Kelapa Rasa Terbaiiik

Menu Terbaik yang Wajib Cuba. Ikan Siakap Bakar Sambal Kelapa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *