Assalamu’alaikum…

Menu Paling Sedaaap, Kukus Ikan Siakap Ala Nyonya – “Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minadz-dzolimin” (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus ketika dlm perut ikan, sama-sama kita amal baca dikala keresahan atau dalam masalah, semoga sentiasa dalam lindunganNya. Aamiin…

Terlaksana juga niat saya nak makan ikan siakap kukus. Tapi kali ni saya memasak ikan kukus ini ala-ala nyonya stail. Walaupun ini kali pertama saya memasak ikan kukus dengan cara ini, tetapi rasanya tidak menghampakan. Sos yang dilumurkan pada ikan sangat istimewa kerana terasa bunga kantan dan serainya. Sebelum anda melumurkan sos ini pada ikan, pastikan sos benar-benar telah cukup garam, gula dan masamnya, kemudian barulah dilumukan pada ikan.

Masakan ala nyonya stail ni memang semua simple tapi sangat sedap dengan penggunaan bawang putih dan halia yang banyak. Pendek kata, chinese cooking style memang menyihatkan. Saya sebenarnya kurang menggemari ikan kukus sebab tak suka rasa isi ikannya. Tapi sejak kebelakangan ini, selera saya mula berubah selepas menikmati ikan kukus yang sangat sedap masa berbuka puasa bulan Ramadhan yang lalu. Memang sedap dengan rasa bawang putih jeruk yang memang feveret sejak kecil lagi. Selain bawang jeruk, diletakkan juga cendawan. Tapi hari ini, saya tak letak semua itu walaupun mempunyai stok bawang putih jeruk. Bukan apa lah pun. Tapi rashes saya dah berkurangan, jadi tak mahulah makan makanan berasid buat sementara ini.

Okey… apa kata kita tengok dulu resepi ringkas ini yang saya lupa dari sumber mana yang saya salin dulu. Selain ikan siakap, boleh juga guna ikan bawal putih ataupun ikan kerapu. Anda yang tak pernah makan ikan kukus ala- nyonya cubalah resepi istimewa ini…

Artikel Lainnya:

Bahan-Bahan:

  • Seekor ikan siakap dibersihkan (perap seketika dengan seulas bawang putih(tumbuk), sedikit garam dan lada sulah)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Sekeping asam gelugur
  • Gula dan sedikit garam untuk perasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar:

  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • Sebatang serai
  • 4 biji cili padi
  • 1/2 inci kunyit(ikut kesukaan)
  • Kisar kesemuanya dengan sedikit air.

Cara-Cara Membuat:

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik wanginya.
  • Masukkan sos tiram dan asam gelugur.
  • Masukkan gula dan sedikit garam.
  • Angkat dan ketepikan.
  • Kukus ikan dalam bekas yang sesuai selama 20 minit atau sehingga masak (matanya bertukar dari jernih berair menjadi putih berkabut.
  • Angkat dan curahkan sos tadi (jikalau dalam bekas ikan terdapat air dari ikan, jangan dibuang biar ianya bercampur nanti dengan kuah yang pekat tadi).
  • Sedia dihidang panas-panas.

Ok lah mudahkan resepi saya tu. Lepas ni uols cuba buat tau! Confirm menjadi.. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Ikan Pari Bakar Bersambal Kegemaran Keluarga

Menu Paling Sedaaap, Kukus Ikan Siakap Ala Nyonya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *