Assalamu’alaikum…

Hari ni mendung dan hujan di kampung saya. Lepas saja jemur baju, terus gerimis, terpaksa angkat balik kain baju dan masukkan dalam bakul. Takpe lah lagi pun dah lama juga tak hujan kat sini. Jadi saya teruskan dengan aktiviti memasak. Hari ni menu yang penuh kenangan, iaitu Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, taruk pulak batang keladi.

Menu ini menjadi kegemaran arwah Pak Cik, tapi sejak arwah mengidap penyakit gout, kami amat jarang menyediakan hidangan siput sedut, tak sampai hati nak makan. Disebabkan teringin, hari ni saya masak. Siput sedut kami beli di Rengit, satu bungkus tu RM 10. kurang lebih 1 kg berat dia. Saiz siput tak besar sangat dan tak kecil sangat, kiranya saiz sedang-sedang.

Seperti biasa, kalau masak lemak, saya lebih suka masukkan batang keladi. Ada orang suka masukkan sayur labu, pucuk turi. pucuk ubi dan sulur keladi, terpulang pada selera masing-masing. Hidangan seperti ini paling ngam dengan nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman seperti petai. Timun atau pun jering (atau apa-apa saja ulaman yang anda gemari).

Nak lagi sedap, renjiskan dengan sedikit kicap lemak manis Jalen, mesti bertambah nasi. Resepi tak susah nak disediakan. Kalau kita masak sendiri, kebersihan lebih terjamin terutama bab-bab mencuci siput sedut tu, betul tak?… Jom tengok segera respi kat bawah nie…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 kg siput kedut – rendam sekejap dengan air garam, buang ekor dan cuci bersih kemudian toskan
  • 10 – 15 biji cili padi – kisar halus
  • 2 inci kunyit hidup – kisar halus
  • Garam dan gula secukupnya
  • 2 inci halia – kisar halus
  • 2 batang serai – dititik
  • 1 kotak santan
  • 3 ulas bawang putih – kisar halus
  • 5 ulas bawang merah – kisar halus
  • 2 ikat pucuk ubi

Cara Membuat:

  • Mula-mula pucuk ubi diambil bahagian pucuk daun yang lembut kemudian rebus hingga lembut dan toskan.
  • Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar tadi hingga naik bau, kemudian masukan santan bersama siput, dan serai.
  • Masak pada api sederhana sambil terus dikacau perlahan. kemudian masukan pucuk ubi dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya
  • Akhir sekali, masak hingga kuah mendidih dan pekat dan bila sudah Okey boleh matika api dan siap dihidangkan.

angan lupa cuba resepinya di dapur setiap ye… Sudah tentu rasanya sangat sedap, terutamanya jika dihidangkan bersama keluarga tercinta. Selamat mencuba dan semoga berjaya… 🙂

Read More: Cuba Resepi Terbaik, Ikan Merah Masak Tauchu Bersama Faedahnya

Menu Kegemaran. Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *