Assalamu’alaikum…

Petang ni saya letak pulak entri Resipi Ikan Tongkol Goreng Berlada Sedap dan Mantap yang begitu sedap dimakan bersama nasi panas yang dimasak lembik-lembik sedikit. Bagi mereka yang tak gemar ikan tongkol, boleh ganti dengan ikan lain atau udang, saya rasa ayam juga sesuai. Ni kira lauk yang begitu ringkas dan cepat. Cuma cili dia kena tumbuk hancur, kalau kisar takut halus sangat dan tak berapa nak menawan.

Resipi macam ni tak menggunakan banyak bahan-bahan. Sesuai juga digandingkan dengan masak lemak sawi putih macam entri sebelum ni. Saya guna seekor ikan tongkol bersaiz sederhana. Plan nak buat nasi dagang, tapi keadaan malas ku amat-amat melampau, jadi korbankan jelah, kasi masak berlada macam kat atas tu. Dan satu lagi, menu macam ni, sesuai untuk orang bujang…err..yang tak berapa nak bujang pun sesuai juga.

Bahan-bahan:

  • Dua ekor ikan tongkol saiz sederhana
  • Cili kering 15 biji
  • Bawang merah 10 ulas
  • Bawang putih 2 ulas saiz besar
  • Asam keping
  • Asam jawa secubit (ambil airnya)
  • Bawang Holland setengah labu
  • cili api dua tiga biji
  • Belacan secubit jika suka

 

Cara Merebus Ikan Tongkol:

  • Ikan disiang dan dicuci bersih. Buang semua darah-darah ikan yang melekat pada celah-celah tulang tengah tu. Cuci tiga kali dan siram. Jangan lupa berselawat sambil cuci bahan mentah berdarah. Maka bersihlah ikan itu. Insha Allah bila masak nanti ia takkan hanyir.
  • Potong ikut potongan bersesuaian menjadi kepingan dalam 2cm lebar ya. Saya selalu tengok bila orang tak tahu masak ikan tongkol ini, selalunya disuruhnya potong nipis-nipis sangat, kononnya ikan ni keras. Ikan ni sebenarnya jadi keras sebab tak kena cara masaknya. Ikan tongkol memang spesisnya yang perlu/wajib direbus dulu kalau nak dimasak apa saja menu. Dia tidak boleh digoreng atau digulai terus begitu..memang confirm tidak sedap…dan confirm keras kalau terus digoreng. Jadinya jangan sesekali buat begitu ya! kecuali kalau nak masak singgang, memang tak perlu rebus dulu sebab masak singgang tu sudah proses merebus.
  • Kemudiannya masukkan ikan dalam periuk yang agak sedang elok dengan kuantiti ikan yang ada. Masukkan air lebih kurang tenggelam ikan…jgn terlebih banyak sangat, dan jangan kurang air sangat. Wajib, masukkan asam keping dalam segenggam atau dalam 10 hingga 12 keping. Asam keping ni kena banyak dimasukkan sebab kita perlukan ikan tu menyerap rasa masam2 masin dan ada manis sikit di hujung rasanya. Kemudian masukkan dua sudu besar (penuh) garam, dan untuk menyedapkan lagi tambahkan sedikit gula dalam satu sudu besar.
  • Masak di atas api sederhana. Tutupkan periuk ya, bila nak mula mendidih nanti, tutupnya perlu dibuka sedikit untuk mengelakkan airnya melimpah keluar. Biarkan lama sikit mendidih…tapi jangan sampai airnya kering…mungkin dalam 20 – 30 minit rasanya.

Cara Menggoreng Ikan Rebus

  • Menggoreng ni seperti biasa macam kita goreng ikan lain juga. Cuma berhati2 sebab ikan rebus ni bila digoreng dia akan meletup-letup cket dalam kuali…jaga-jaga takut terpercik minyak panas..
  • Goreng tak perlu garing sangat sebab nanti kita nak buat tumis sambalkan. Ikan tongkol yang nak dmasak sambal memang wajib digoreng dahulu (goreng sekejap saja, jangan sampai garing). Kalau tidak digoreng dan terus dimasukkan dalam sambal, kesedapannya kurang, dan mungkin akan hanyir sedikit.
  • Setelah selesai urusan menggoreng, maka ketepikan dulu ikan yang telah digoreng tadi.

 

Cara Membuat Sambal Berlada/Sambal Ikan Tongkol:

  • Kupas bawang merah 10 ulas (kalau bawang jenis saiz biasa). Kalau bawang merah yang saiz besar tu..saya guna satu setengah biji…
  • Bawang putih dua hingga 3 ulas. Tengok pada saiznya. Jangan banyak sgt bawang putih, nanti masakan jadi tak sedap.
  • Sedikit halia, dalam setengah inci persegi potongan.
  • Cili kering 12-15 biji. Saya tambah dengan dua tiga biji cili api, beri aroma cili api sikit yang akan lebih menyedapkan rasanya. Jangan risau, ianya tak beri kesan sgt pada kepedasan sambal. Cili kering ni rendam air panas sekejap, beri dia cepat lembut dan mudah untuk di blend nanti.
  • Sedikit belacan.
  • Blend semua bahan di atas tadi kecuali bawang putih sahaja ditumbuk berasingan.
  • Masukkan minyak dalam lima enam sudu atau secukupnya untuk menumis. Bila minyak telah panas, tumiskan dulu bawang putih sehingga kekuningan (sekejap sahaja, tak perlu sampai garing). Kemudiannya masukkan bahan yang diblend tadi. Kacau sehingga pecah minyak…dalam lebih kurang 10 minit. biarkan hingga sedikit pekat…masukkan dua sudu sos cili, sedikit air asam jawa, gula dan garam. Bagi yang sukakan perasa, boleh tarukkan sedikit perasa. Tentang gula, perlu dimasukkan lebih sedikit untuk diseimbangkan dengan rasa masam2 ikan dan kuah…biasanya saya letak dalam tiga empat sudu. Saya juga wajib letakkan sedikit gula Melaka a.k.a Nise (bahasa Kelate) dalam sambal untuk lebih menyedapkan rasa. Masukkan Nise dalam setengah kerek.
  • Setelah selesai proses ini, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan biarkan ia mereneh dalam lima minit supaya ikan dan kuah dapat menyerap elok. Masukkan bawang holland yang telah dimayam, juga cili api yang telah dipotong kecil. Kedua-dua bahan ini memberikan rasa dan aroma yang lebih sedap kepada masakan ini.
  • Selepas itu boleh diangkat dan dihidangkan.

Beginila rupanya..perlu diingat ye, rasanya memang sedap. anda cuba dan rasainya sendiri..seroja harap rakan-rekan dan pembaca dapat satu lagi manfaat ilmu dan perkongsian dari dapur resepimasakikan. terima kasih kerana sudi singgah-singgah di sini… jumpa lagi ye.. Selamat Mecuba, Semoga Berjaya…

Read More: Kongsi Resepi Ikan Bawal Goreng Taucu Paling Sedap

Kongsi Resipi Ikan Tongkol Goreng Berlada Sedap dan Mantap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *