Assalamu’alaikum…

Selamat petang semua… Apa khabar hari ini, telah sihat semua ni kan??? Perkongsian resepi hari ini adalah entry tertunggak pada bulan yang lalu dan baru ini berkesempatan masukkannya ke blog. Ikan Siakap Kukus Asam Boi ni memang sedap, apalagi jika menggunakan ikan yang masih segar.

Resepinya saya ambil dari resepi bonda saya yang jago sangat dalam membuat ikan kukus asam boi ni. Sebenarnya ikan apapun yang digunakan dalam resepi ni rasanya tetap enak. Saya tambah cendawan tiram dan lebihkan cili padi untuk rasa yang lebih menyengat.

Resepi Siakap Stim Asam Boi, bagi sesiapa yang inginkan sesuatu yang agak lain dalam masakan ikan dan tak pasti dari mana asal resepi. Asam boi memberikan rasa masam dan manis pada kuah ikan siakap yang di stim. Saya gunakan asam boi putih. Rasanya sangat sedap! Cubalah.

Bahan-bahan Ikan Siakap Kukus Asam Boi :

  • Ikan yang sesuai untuk kukus (siakap, kerapu etc )
  • 1/2 biji bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – ketuk
  • 1-2 batang serai – hiris
  • 1 inci halia – hiris memanjang halus
  • 5 biji asam boi putih atau lebih
  • 1/4 batang carrot – hiris memanjang halus
  • Tomato cherry @ biasa – belah 4
  • Daun ketumbar
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu sos tiram – (optional)
  • Hirisan limau atau jusnya
  • Cili padi dan cili merah – ikut kepedasan masing2 – hiris@ketuk
  • Garam – jika perlu – saya tak letak sbb sos ikan dah masin.
  • Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat) Kalo pengen letak boleh, tak letak pun boleh lah

Cara-cara membuat Ikan Siakap Kukus Asam Boi:

  • Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jangan banyak sangat) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
  • Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
  • Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
  • Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
  • Kukus ikan selama 15 minit atau hingga masak.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.

Tak rugi mencuba resepi ini. Sedap!!! Walaupun resepi ini sudah agak lama diperkenalkan, tapi apa salahnya bagi yang baru tahu terus mencubanya! Memang sedap!

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Ikan Siakap Bakar Berempah Paling Sedap dan Simple

Kongsi Resepi Ikan Siakap Kukus Asam Boi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *