Assalamu’alaikum…

Kongsi Resepi Ikan Kerisi Simple – Hari ni saya masak yang mudah dan simple sahaja. Walaupun simple namun resepi kali ini sangat sedap dan mendapat pujian dari suami dan anak-anak. Resepi Ikan Kerisi Simple ini saya ambil dari buku masakan Cheff Ridwan, di bawah tajuk Santapan Lauk-pauk Tradisi. Banyak resepi Cheff Ridwan dari buku ini yang telah saya cuba dan semuanya memang benar-benar sedap dan enak.

Kebetulan saya ada beli ikan kerisi di pasar, ikan kerisi kesukaan anak-anak saya. Boleh di katakan ikan ini kegemaran kami sekeluarga. Bila runsing tak tahu nak masak apa? saya belek-belek lah buku masakkan Cheff Ridwan. Apabila nampak resepi ini, saya lansung capai semua barang dan teruslah memasak. Terima kash pada Cheff Ridwan kerana selalu memudahkan kerja memasak saya di dapur. Kerja memasak saya lebih mudah dan simple, tak payah lagi pening kepala dan hasilnya memang tak pernah mengecewakan.

Keistimewaan masak kicap Cheff Ridwan kerana menggunakan rempah ratus. Saya memang cukup suka masakan yang berempah kerana aromanya memang cukup membuka selera. Lebih lagi masak kicap kali ini kicap yang pedas, lebihlah teruja saya di buatnya.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan kerisi (di goreng)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji bawang merah
  • Kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • Air asam jawa3/ 4 biji cili di potong, saya tak potong sebab saya suka gigit cili
    lagipun anak tak mau pedas cili
  • 2 sudu minyak
  • Garam
  • Tomato (saya tak bubuh sebab anak kata jangan bubuh

Cara-cara penyediaan:

  • Bawang putih,halia,bawang merah,kunyit hidup di tumbuk.tapi saya hiris-hiris je.
  • Kalau tumbuk lagi bagus sebab anak-anak tak nampak semua tu jadi depa telan ja.
  • Saya ni malas nak angkat lesung batu, saya sayang lemak saya nih.
  • Kemudian tumis bahan-bahan tu, masuk kan serai yang dah di titik.
  • Lepas tu masuk kan daun ketumbar yang dah dihiris-hiris.
  • Daun ketumbar ni tak payah bubuh pun tak pe.
  • Saya suka bau nya sebab tu saya letak.
  • Masuk kan air asam jawa.masuk kan cili.
  • Letak tomato kalau nak.masuk air sikit kalau macam pekat je..tunggu mendidih.
  • Letak garam secukup rasa dan kemudian masuk kan ikan.
  • Dah siap.

Simple kan??? saya juga tak gunakan belacan kerana saya dan keluarga tak berapa suka dengan belacan ni. Tapi yang penting tanpa belacan pun, asam pedas ni sedap.

Selamat mencuba!!!

Read More: Kongsi Resepi Ikan Bawal Tiga Rasa

Kongsi Resepi Ikan Kerisi Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *