KONGSI RESEPI IKAN KERISI MASAK TAUCHU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan kerisi – saiz L
  • 2 sudu besar tauchu
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 4 biji cili merah – hiris
  • 3-4 tangkai cili padi
  • 3sm halia – hiris
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa

VIDEO

CARA MEMASAK:

  • Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dan ketepikan.
  • Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi.
  • Masukkan cili merah dan cili padi.
  • Kemudian masukkan tauchu, kacau sebentar, masukkan air dan air asam jawa.
  • Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.
  • Akhir sekali masukkan ikan goreng, balik-balikan ikan dan angkat.

Read More :

KONGSI RESEPI IKAN TAUHU MASAK KUKUS TAUCU

Resepi Siomay Ikan Tuna – Resepi Masakan Ikan

KONGSI RESEPI IKAN KERISI MASAK TAUCHU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *