Assalamu’alaikum semua…

Ikan Kembung Masak Singgang Pedas – Apa khabar?… dah makan lunch?… Saya baru jer selesai makan Lunch. Alhamdulillah…
Dah licin pinggan mangkuk baru nak update entry. Hehehe…Disebabkan kebuntuan melanda ditambah pulak dengan cik “M” bertahta dalam badan hari nie, Saya masak menu yang paling ringkas dan cepat. Apa erkkk…?? Ikan Kembung Masak Singgang Pedas

Hujan dari pagi sampai ler ke petang… dok ler memikirkan apa yang nak di masak untuk makan malam bersama gengs-gengs di rumah ni hah! buat sup tak sesuaiiiii… (sebut sesuaii tu sengau sikit ehee..) nak masak ayam goreng.. aduhaii rasanya dah tak larat dah nak menggoreng, jemu! ikan goreng? ohh.. itu memang wajib ada setiap hari.. tetiba terpandang ler pokok kunyit tepi rumah tu… Waahh!!! masak singgang pedas-pedas memang best! hujan dan sejuk pulak tu.. tanak nasi panas-panas.

Ikan Kembung Masak Singgang Pedas !! Menu paling cepat! Paling simple, ringkas, senang sangat laa… Campak-campak aje semua pasti tunggu mendidih masuk ikan, tunggu mendidih lagi siap !! Makan pun sedapp…ada rasa masam-masam pedas sikit. Layan laaa kalau makan ngan nasi panas-panas atau bubur nasi sambil hirup kuahnya. Aduhai asyik sungguh!!! Hahaaa…

Resepi yang sungguh mudah tetapi sangat sedap dan menyihatkan kerana semuanya direbus. Masakan ni walaupun mudah tetapi sangatlah membuka selera lebih-lebih lagi jika menggunakan ikan yang segar. Jom tengok resepi Saya… (walaupun saya pasti semua orang tahu Ikan Kembung Masak Singgang Pedas nie) Ada ker yg tak tahu. Eermmmm…??? No comment laaa… Jom cuba 🙂

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung (dapat jenis lemak, lagilah sedap)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Serai (diketuk)
  • Suhun (yang macam bihun tu, kalau ada yang tak tau ek..rendam dulu)
  • Cili merah (dihiris)
  • Asam keping (ikut tahap kemasaman masing-masing)
  • Tomato ceri
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit sedikit

Cara membuatnya:

  • Rebus air bersama bawang dan halia.
  • Bila dah mendidih, masukkan pula asam keping dengan suhun.
  • Masukkan garam secukup rasa dan serai yang telah diketuk.
  • Biarkan sampai mendidih semula, kemudian masukkan ikan. Tutup periuk dengan tudung periuk, biarkan dalam seminit dua.
  • Bila Nampak ikan dah masak, masukkan sedikit serbuk kunyit untuk bagi warna kuning. Akhir sekali, masukkan tomato ceri dan bolehlah padamkan api.
  • Sedia untuk dihidang.

Setelah masak boleh lah dihidangkan. Sedap makan bersama nasi panas-panas.
Pas tu hirup kuah nyaaa…Slurpp…slurppp…heheee…

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 🙂

Read More: Resepi Singgang Ikan Tenggiri Kelantan Popular

Kongsi Resepi Ikan Kembung Masak Singgang Pedas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *