Assalamu’alaikum dan salam sejahtera…

Hari ni kongsi resepi lauk pulak ye. Lama tak buat Ikan Kembong Percik Merah Pedas. Anak semua dah berkumpul kat rumah ni bolehla nak masak sedap sikit. Barulah nak makan tu tak rasa bersalah. Yelah bila anak ada kat asrama, bila masak yg macam sedap sikit tu dok teringat-ingat je kat dia. Sekarang semua cuti ada kat rumah, bila masak semua boleh merasa. Alhamdulillah…

Ikan Percik Merah adalah antara lauk yang cukup disukai oleh kami sejak dari kecil. Saya belajar memasak sendiri ikan percik dari sekolah rendah lagi. Masa itu, semua terpaksa dibuat dengan menumbuk cili kering yang direndam sehingga lumat. Itulah bab yang paling saya tak suka. Kalau mahu cepat lumat, masukkan sedikit garam kasar. Kata kakak saya, zaman dulu, sambal percik yang ditumbuk terus dilumur pada ikan sambil dibakar dengan tak perlu dimasakkan terlebih dahulu pun.

Haaa.. yang ini pula Ikan Percik Merah yang dimasak untuk lauk makan tengahari kami hari ini yang dimasak oleh kakak saya, Cik gu Salimah. Bila dah lama tak makan ikan percik Kelantan ni, memang sangat sangat lah terasa sedapnya.

Jom layan gambar gambar dan resepinya. Jom…

Bahan-bahan:

  • 4 – 5 ekor ikan kembong/ikan yg sesuai
    (1 sudu kecil garam + 1 suku kecil kunyit serbuk utk dilumur pd ikan)
  • 15 biji cili kering* ~ buang biji & rebus
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*
    (bahan bertanda* dikisar halus)
  • 1/2 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 inci lengkuas ~ dihiris nipis
  • 3 batang serai ~ diketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 1/2 sudu kecil halba
  • 1 biji kelapa diambil santan pekat
  • Minyak secukupnya
  • Garam, gula & perasa secukupnya

Cara Menyediakan:

  • Lumurkan garam + kunyit pada ikan dan panggang hingga masak dikedua2 belah. (saya guna pemanggang ajaib)
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 kisar serta serai hingga wangi dan pecah minyak.
  • Masukkan lengkuas, halba, serbuk kunyit, asam gelugur & santan. Biarkan merenih sambil dikacau selalu hingga kuah pekat.
  • Bila ikan dah masak, buka penutup pemanggang & curahkan sedikit kuah percik dan panggang sekejap lagi.
  • Terbalikkan & curahkan pula sebelah lagi kuah. Bila masak bolehlah diangkat ikan & semasa hidang boleh curah lagi kuah percik di atas ikan.
  • Kuah lebih boleh hidang sebagai kuah tambahan.

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Ikan Kerisi Masam Manis Berperisa

Kongsi Resepi Ikan Kembong Percik Merah Pedas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *