Assalamu’alaikum..

Lebih kurang satu bulan saya tak singgah di persada Resepi Masakan Ikan untuk berkongsi resepi. Terasa rindu untuk berceloteh di blog ini tetapi terpaksa dilupakan seketika. Malam ini singgah sebentar untuk berkongsi resepi kegemaran anak-anak yang disediakan untuk makan tengah hari tadi.

Suka sangat anak-anak saya hari ini dapat makan ikan keli goreng berlada bersama nasi panas. Apapun sekurang-kurangnya seorang dapat seekor, tak nak dikongsi. Baru puas dimakan dan diratah. So… masa di pasar, mesti make sure beli ikan keli lebih daripada enam ekor. Kalau enam ekor tu kira ngam-ngamlah untuk suami dan anak-anak, tidak temasuk tukang masaknya ye..!!

Pandai-pandailah nak makan sekali atau dua kali ke, tapi seorang seekor aje ye! Tapi kebiasaannya saya beli lebih. Alang-alang dah nak beli dan nak masak kan! Saya memang tak pernah makan ikan keli ini sejak kecil lagi. Mungkin disebabkan bonda saya tidak makan ikan air tawar, so beliau tidak pernah masak ikan keli dan ikan-ikan air tawar yang lain untuk keluarga.

Selera anak-anak saya banyak ikut ayahnya, tak cerewet macam ibunya dari segi makanan. Sebenarnya saya geli nak pegang ikan keli ni. Mula-mula dulu sampai nak termuntah semasa menyiangnya kerana tidak tahan dengan bau hanyir dan lendirnya. Tetapi demi anak-anak yang memang suka sangat makan ikan keli ini, maka saya cuba juga untuk memasaknya. Dan Alhamdulillah, sekarang ini dah ok.

Just nak share resepi ringkas ikan keli goreng berlada ini dengan pembaca semua. Jom tengok apa specialnya resepi ini.

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan keli
  • 20 biji cili merah besar/cili indonesia
  • 8 biji bawang kecil-kisar
  • 6 biji bawang putih-kisar
  • 1/2 biji bawang besar-kisar
  • Sebiji buah tomato-dipotong kecil
  • 3 biji limau kasturi – ambil jus
  • Garam dan gula
  • Minyak secukupnya
  • Kali ni akak guna cili merah indonesia..pedas wei..akak tak pakai semua..separuh ayer..takut nanti ashik berulang alik ke tandas.

Cara-caranya:

  • Bersihkan ikan keli dengan air asam jawa. Kemudian perap sebentar dengan jus limau kasturi bersama sedikit garam. Bersih dan toskan.
  • Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan(klu tak nak meletup campakkan 2-3 asam keping sebelum masuk ikan)
  • Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumislah bawang kisar sehingga naik bau baru masukkan cili hidup kisar dan tumis sehingga cili tadi masak/naik minyak dengan api sederhana. Masukkan garam, tomato dan gula secukupnya.
  • Biarkan sehingga agak kering dengan api perlahan. Masukkan ikan keli goreng kemudian rasa cukup perisa ker idak.
  • Padam api dan masukkan jus limau kasturi (ikut kemasaman yang di ingini) dan kacau rata sebelum di angkat.
  • Cepat makan dengan nasi panas.

Tips Membersihkan Ikan Keli;

  1. Ikan keli yang dibeli dipasar biasanya dibuang perut dan jika kita mahu, mungkin pakcik pasar tu boleh buang kepala dia siap-siap. Kepala ikan keli tak ada isi sangatkan. Jika nak potong buang terus lagi jimat masa menggoreng ikan nanti.
  2. Jika kita perhatikan, antara leher ikan keli dan badannya setelah dipotong tu ada gumpalan darah kecil sebesar kepala mancis dibahagian kiri dan kanan antara tulang belakang ikan tersebut. Anda kena buang darah tu, nak elakkan rasa hanyir darah ikan semasa nak basuh ikan keli tersebut.
  3. Setelah dibasuh kotoranya. Anda boleh guna limau nipis atau asam keping dilumur seluruh badan ikan untuk menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan tersebut.
  4. Biarkan seketika dan basuh kembali ikan tersebut.

Tips :

Nak elak ikan keli meletup masa goreng adalah dengan mambuat banyak hirisan pada badan ikan. Cara ni akan mempercepatkan proses pengeringan air dari badan ikan dan ini akan mengurangkan ikan ‘meletup’ semasa menggoreng.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Read More: Resepi Ikan Keli Masak Sambal Hijau Pedas Mantap

Incoming search terms:

Kongsi Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *