Assalamu’alaikum…

Kongsi Resepi Ikan Bawal Tiga Rasa – Bab membeli segala lauk basah dan sayur semua en, husband yang buat. Jarang sangat saya ikut serta membeli kecuali di hari minggu. Itupun kadang-kadang tak pegi pasar pun disebabkan masih ada stok lauk dalam freezer. Nak pula waktu dia kerja shift malam, banyaklah masa dia pegi ronda-ronda ke pasar melilau-lilau lauk basah mana-mana yang berkenan di hati. Bukan apa, leceh kalau pegi hari minggu anak-anak semua nak ikut. Pasar basah tu tempatnya licin. Tak sesuai bawak budak-budak.

Baru ni terkejut tengok ikan bawal yang dia beli ni. Besar betul! Panjang melebihi 12 inci, sampai tak muat pinggan bujur ku yang paling besar tu. Terjulur ekor dan kepalanya. Masa menggoreng pun terpaksa bawak keluar kuali saiz giant yang ada kat rumah tu. Kuali tu biasa saya guna bila nak masak dalam kuantiti yang banyak je. Kalau guna kuali harian yang ada, nanti tak muat pulak bahaya letak minyak banyak-banyak dalam kuali yang tak cukup besar. Bayangkan nak menggoreng ikan yang saiznya melebihi 12″! Nak membalikkannya tu yang bahaya.

Hhmm… kompius jap nak masak apa dengan ikan tu. Bila cek apa bahan yang ada dalam peti sejuk, okey kita masak 3 rasa jelah. Makan nasi malam tu memang tak bertambah sebab kami kekenyangan meratah lauk je. Sayur lagi kan. Kalau tambah nasi memang tak habis la jawapnya ikan ni. Puas kami anak beranak meratah. Alhamdulillah rezeki. Jika ada yang ingin mencubanya, saya sertakan di bawah ini resepi Ikan 3 Rasa.

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal – (boleh kukus atau goreng garam kunyit)
  • 100 ml air – boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
  • 2 sb minyak – untuk menumis
  • Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 – 5 biji cili padi

Bahan-bahan Sos:

  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos plum – guna sos ikan
  • 1 sk kicap manis
  • 1 sb jus limau nipis/lemon
  • 2 sb gula pasir

Cara-cara Membuat:

  • Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak.
  • Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
  • Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.
  • Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.
  • Masak hingga kuah pekat sedikit.
  • Tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.
  • Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Selamat mencuba!!!…

Read More: Resepi Kari Ikan Tongkol Sedap

Kongsi Resepi Ikan Bawal Tiga Rasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *