Hari ini saya Resepi Ikan Bawal Goreng Taucu yang dibeli di Morib hari minggu lepas. Serius…..memang tak pernah tengok Ikan Bawal sebesar itu, agaknya sebesar paha budak budak kot. Bila dah dipotong nipis, dapat juga sebesar tangan. Haa gitulah besarnya tu. Nyonya tu dok kempen suruh ambik katanya sedap, lembut, cantik dan macam macam lagi. Tu yang saya ambik seekor. Bila dah dipotong dia masih memuji, tengok ni, cantik isinya. Itu yang saya suka bila penjual bercakap pasal produk mereka, yang boleh membantu saya membuat keputusan membeli dengan lebih mudah Ikan Bawal.

Oleh kerana sejak beberapa hari ini, belum ke dapur sepenuhnya, saya sempat bertanya dengan Pak Cik Google, apa masakan yang sedap untuk dimasak Ikan Bawal. Jawabnya hahaha Resepi Ikan Bawal Goreng Taucu. Jadi balik office tadi terus ke dapur kerana memang dah tak sabar nak memasak Ikan Bawal Dengan Tauchu kerana saya belum pernah lagi mencuba masakan ini

Bahan-Bahan:

  • 2 ekor ikan bawal, saiz sederhana
  • 2 inci halia, hiris halus memanjang
  • 4 ulas bawang putih, hiris halus
  • 3 biji bawang merah, hiris halus
  • 3 sudu besar taucu
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 biji bawang besar, potong bulat
  • 4-5 biji cili padi, belah tengah
  • daun bawang untuk hiasan
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

  1. Gaul ikan bawal bersama garam dan kunyit sehingga dan goreng di dalam minyak panas sehingga garing.
    Dalam kuali berasingan, panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis halia, bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan taucu dan air asam jawa. Kacau sehingga mendidih. Tambahkan sedikit air supaya berkuah.
  3. Masukkan pula ikan bawal yang digorang tadi bersama bawang besar dan cili padi. Tambah gula dan garam secukup rasa. Tutup api apabila bawang sudah layu.
  4. Hidangkan ikan bawal bersama taburan daun bawang.

Tips

Hati-hati jika hendak menambah garam kerana taucu sudah masin dan ikan bawal goreng juga rasanya masin kerana digaul dengan garam terlebih dahulu sebelum digoreng. Selamat Mecuba, Semoga Berjaya…

Read Moreresepimasakikan.com

Kongsi Resepi Ikan Bawal Goreng Taucu Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *