Assalamu’alaikum…

Hallooo… semua, hari ini saya sedang pusing kerana tak ada idea menulis dan beruntungnya saya ingat ketika pernah makan di Food Court Mid Valley. Ikan Bakar Portugis Mid Valley satu ini sangat istimewa kerana memakai aluminium foil untuk tempat menyimpanya dan ikan yang disajikan dengan cara dibakar boleh memberikan cita rasa berbeza. Banyak orang suka dengan ikan bakar portugis dan mungkin anda juga salah satu orang yang suka.

Biasanya yang membuat berbeza adalah jenis ikan yang digunakan serta rempah rahsianya. Pasti anda ingin tahu rempah rahsia yang saya gunakan untuk membuat resipi ikan bakar portugis di rumah bukan. Ikan Bakar Portugis ni memang sedap sangat, lebih-lebih lagi kalau bumbunya banyak menyelaputi ikan yang nak dipanggang tu.

Sedaap, serius tak tipu nyeer… Memang sedap sangat sangat ikan bakar ni. Bayangkan kalau saya yang kurang suka memakan ikan ni, meratah-ratah begitu sahaja isi ikan siakap yang sangat manis ini terutama di bahagian perut yang sangat lembut berlemak. Tak sempat nak menghias hias pun. Dari oven terus ke meja hidangan. Berebut rebut makan semasa masih panas panas dengan anak-anak, tambahlah lagi membangkitkan selera.

Baca Juga: 

OK cukup dulu setakat ini. Jom lah kita tengok resepi yang sangat mudah dan sedap ini.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 helai daun limau purut di hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kertas aluminium untuk membungkus ikan

Bahan kisar:

  • 10 tangkai ciili kering – rendam dan kisar jadikan 3 sudu cili kisar
  • 2 biji buah keras
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci lengkuas

Cara-cara:

  • Mula-mula kita sediakan dahulu minyak bawang putih. Ambil 6 ulas bawang putih. Tak perlu buang kulitnya ya, dengan kulit-kulitnya ini kita cuci ia bersih.
  • Kemudian kita ketuk biar dia pecah. Sementara itu kita panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali.
  • Kemudian tumiskan bawang putih yang kita dah ketuk tadi Tumis hingga harum dan bawang putih garing. Tutup api dan biarkan sejuk.
  • Ikan siakap, kita siang, cuci bersih dan kelar-kelah badannya. Ketepikan.
  • Kisarkan bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili kering. Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula secukup rasa.
  • Letakkan ikan di atas kertas aluminium. Salutkan dengan bahan kisar hingga rata. Tuangkan minyak bawang putih di atasnya. Taburkan hirisan daun lumau purut.
  • Bungkus ikan kemas. Bakar dalam ketuhar hingga ikan masak dengan sempurna Boleh juga di bakar dalam magic pan atau atas dapur arang.
  • Bila dah masak bolehlah di hidangkan bersama nasi hangat.
  • Bawal Bakar… orang kata kalau nak makan bawal bakar yang sedap, pergilah ke Pulau Pinang – Seberang Perai iaitu Ikan Bakar Bertam. Walau bagaimana pun aku rasa tak payah lah pergi jauh-jauh…..kita boleh bakar sendiri kat rumah, lagi hebat.

Bagaimana mudah kan membuat ikan bakar portugis? Jom kita buat ikan bawal bakar !!!
Selalu layari resepimasakikan.com kerana saya akan terus menulis resepi nikmat untuk anda semua. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Read More: Resepi Ikan Siakap Goreng Masam Pedas Manis

Kongsi Resepi Ikan Bakar Portugis Mid Valley Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *