Assalamu’alaikum.. Hai semua.. bagaimana hari-hari anda?

Kongsi Resepi Bawal Masak Sweet Sour Berperisa – Hari ini merupakan hari yang santai sahaja buat saya. Pagi tadi selepas sahaja bersarapan terus masak tengahari kerana adik Zailani call.. Mama bila nak datang? Zai lapar.. haaa tanpa berlengah lagi terus masuk dapur keluarkan ikan yang memang dah ada dalam peti ais tu.. khidmat anak bujang yang sulong tu di perlukan suh ga kedai jap kebetulan tak de stok tomato.. Ikan merupakan menu kegemaran keluarga selain ayam. Kali ni saya masak masam manis. Menu yang mudah, ringkas, cepat dan yang penting sedap.

Dulu masa kecil saya suka sangat ikut mak dengan abah ke rumah orang kahwin. Selalu nya saya akan menangis sampai tahap guling-guling kalau tak dapat ikut.. tengok tu perangai.. tak baik tau.. alhamdulillah anak-anak saya tak de yang ngikut mama nya hahaha.. sabar je la kan.. begitu la “Drama Queen” bila abah saya kata “ok la ikut lah” trus tak nangis dah trus cecepat nak mandi nak pakai baju “gown” adehh isk isk Isyah.. 😉 Saya suka ke majlis perkahwinan kerana suka tengok pengantin.. suka makan sedap.. suka makan pulut kuning tu.. pastu suka dapat telur tu.. dulu kalau dapat telur tu bangga wo.. lagi lagi dapat makan dengan pengantin selalu nya menu ikan masam manis mesti ada.. jadi setiap kali masak atau makan masakan ni buat saya mengimbau kisah masa kecil dulu.. masa nenotty sangat.. 😀

Baca Juga : 

Bahan-bahannya:

  • 2 – 3 ekor ikan bawal hitam saiz sederhana (sebesar tapak tangan setiap seekor), disiang dan cuci bersih*
  • 1 camca teh serbuk kunyit*
  • 3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap 10 minit)
  • 1/4 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau dan kuning), dipotong kiub
  • 1 biji bawang besar hiris kasar
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1 batang leek, potong kecil dan rendam
  • 1 cawan isi nanas dalam tin dipotong kiub (boleh guna nanas segar, lagi sedap)
  • 1/4 cawan sos cili Thai
  • 2 camca besar sos plum
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 cawan air (che mat guna jus nanas dari nanas dalam tin)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan

Cara membuatnya:

  • Ikan bawal digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan susun dalam pinggan sesuai. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 4 camca besar.
  • Tumis bawang putih dan cili kisar hingga harum dan cili garing. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  • Masukkan sos cili Thai, sos plum dan sos tomato. Kacau rata dan masak sekejap. Masukkan bawang besar, kacau dan tambah air, biarkan mendidih.
  • Masukkan leek (toskan dulu airnya) dan nanas, gaul rata.
  • Masukkan traffic light capsium dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa (biasanya sweet sour agak manis sedikit, tapi che mat tak taruk gula sebab dah guna jus nanas dari nanas dalam tin yang memang dah manis).
  • Masak dengan api kecil hingga pekat sedikit.
  • Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang atas ikan bawal tadi dan hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.
  • Che mat suka biarkan dalam 15 minit untuk ikan bawal tadi sebelum dimakan, agar sos masam manis tadi menyerap dalam ikan.
  • Sekali masak hidangkan.

Selamat mencuba uolsss & Jangan lupa share ye… 🙂

Read More: Resepi Ikan Siakap Stim Halia Sedap Ala Thai

Kongsi Resepi Bawal Masak Sweet Sour Berperisa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *