Assalamu’alaikum…

Kongsi Resepi Asam Pedas Ikan Pari Sawi Jeruk yang Sangat Sedap – Asam pedas dan orang Johor memang tak boleh di pisahkan. Versi asam pedas Johor ni ada banyak, ada yang menggunakan cili kering ada yang menggunakan cili hidup , lada hitam atau juga campuran dari kedua-duanya. Ada yang meletakkan sayur bendi, ada letak sawi jeruk, ada letak kobis, belimbing, mempelam dan lain-lain lagi yang di rasakan bersesuaian. Walau apapun kaedah dan bahan yang di letakkan.. asal namanya asam pedas pasti membuka selera.

Selain ikan, terdapat juga asam pedas daging dan ayam. tapi macam manapun asam pedas ikan lah yang paling sedap di tekak ni.. Ikan pula kebiasannya ikan yang bersaiz besar dan yang paling sinonim di guna pakai adalah ikan parang, ikan tenggiri, ikan pari, ikan merah , ikan kebung atau lain-lain.

Saya pula agak cerewit dalam memilih ikan. Ini kerana tak semua ikan saya boleh makan. Alhamdulillah Allah temukan jodoh yang sama jugak macam saya.. banyak yang tak makan hihi.. Cuma ada juga yang saya baru belajar makan setelah saya berumah tangga.. itupun atas paksaan suami.. hihiii…

Saya tak makan ikan air tawar… apa-apa pun ikan air tawar memang lah tak makan. Biasanya saya makan ikan yang sersaiz kecil dan yang biasa emak masak macam ikan kembung, ikan selar dan saudara maranya.. ikan parang, ikan tenggiri , ikan siakap, ikan merah, ikan cermin.. dan bila yang tak biasa dengar memang saya tak makan.

Ikan pari juga tersenarai dalam ikan yang saya tak makan selain ikan tongkol dan ikan patin. Sebab itu saya tidak memasak ikan ini untuk keluarga. Tapi suami dan anak-anak saya makan ikan ni.. sebab itu saya tak akan menghalang selera mereka dan saya masak jugalah jika ada yang teringin nak merasa.

Kebetulan suami ada meluahkan rasa teringin nak makan asam pedas ikan pari, maka saya pun belilah ikan ini sepotong dua untuk melempiaskan selera suami agar tak kempunan pula nanti..
Kalau masak asam pedas saya suka letak sawi jeruk, walaupun saya tak makan ikan pari tu.. dapat ratah sawi jeruk pun dah terlalu berselera di buatnya.. janji asam pedas!!!

Baca Juga: 

Bahan-Bahan:

  • 3 – 4 keping ikan pari – bersihkan dan toskan
  • 3 kelopak sawi jeruk
  • 1 kuntum bunga lawang – belah menjadi 2 bahagian
  • 3/4 cawan pes asam jawa
  • 1 ikub ikan pati bilis – optional
  • 2 senduk nasi cili kisar – boleh kurangkan bila tak suka pedas
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam – tumbuk halus
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air secukupnya

Bahan Kisar Halus:

  • 4 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia

Cara Membuat:

  • Mula-mula potong ikan pari dengan saiz sederhana kemudian perap dengan jus limau nipis selama lebih kurang 20 minit. cuci sekali lagi hingga benar-benar bersih dan toskan. potong sawi jeruk menjadi bahagian kecil-kecil kemudian rendam dan ketepikan.
  • Panaskan 1/4 cawan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar halus hingga naik bau. kemudian masukan serbuk lada hitam bersama cili kisar. selepas tu kacau hingga rata dan naik bau (gunakan api kecil)
  • Masukan 3 cawan air kacau dan biarka hingga air mendidih. kemudian masukan sawi jeruk yang sudah di toskan airnya dan diperah bersama ikan pari. masak sebentar dan masukan pes asam jawa.
  • Masukan kiub ikan bilis dan bunga kantan. perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  • Akhir sekali, masak hingga ikan masak dan bila sudah masak bolehlah matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas dan telur dadar.

Bila suka kuah lebih anda boleh tambah sedikit air. bagaimana mudah sahaja kan resepi asam pedas ikan pari sawi jeruk yang saya kongsikan ini dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya. Selamat mencuba…!!!

Read More: Resepi Pecel Ikan Keli Sedap dan Pedas

Incoming search terms:

Kongsi Resepi Asam Pedas Ikan Pari Sawi Jeruk yang Sangat Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *