Assalamu’alaikum…

Oleh kerana permintaan daripada kawan-kawan ofis, maka terhasilah Ketupat Sotong Terengganu ni. Dah lama sebenarnya nak buat tapi mood rajin tu belum datang, bila mood rajin datang apa-apa pun boleh. hahaha…

Misi pertama adalah mencari sotong, memandangkan semalam ada pasar tani so bolehlah beli sotong kat situ. Walaupun barang-barang basah mahal sikit tapi berbaloilah sebab segar-segar, ikan-ikan pun sama, takdelah kalau makan rasa tawar jer adalah rasa. Tapi kalau balik kampung di Terengganu jangan ceritalah ikan-ikan, sotong semua segar-segar. Al maklumlah rumah dekat dengan laut. hehehe…

Pernah abang bawa balik sotong hidup lagi, bila masak tu pergh.. memang mervolus lah rasanya, manis dan sedap sangat-sangat. Itu untungnya kalau jadi orang Terengganu ni. Tapi memandangkan dah tinggal jauh daripada Terengganu sekali sekala balik kampung memang layan ikan-ikan, budu jer…ayam, daging memang tak pandang dah. Itu bezanya kalau tinggal kat sini dengan di Terengganu.

Oleh kerana ada kawan-kawan yang nak resepi Ketupat Sotong Terengganu ni, maka kat sini saya kongsikan resipi nya. Cuba tau, senang jer, syaratnya buat dengan kasih sayang mesti sedap. Jom tengok resepi bawah ni.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 5 ekor sotong ( cari yang saiz sederhana dan memang untuk membuat ketupat sotong ok, bukan sotong jarum/sotong kurita/sotong katak)
  • Beras pulut.
  • Halba satu sudu besar.
  • Serai 1 batang – diketuk.
  • Halia ikut panjang ibu jari – hiris halus-halus.
  • Bawang besar 1 labu – mayang halus-halus.
  • Santan.
  • Sedikit garam.
  • Urat daun kelapa (untuk buat lidi. Pakai lidi satay pun boleh tapi di Kuala Lumpur susah nak cari daun kelapa jadi kita boleh gunakan pencungkil gigi yang berkualiti tinggi tau, yang tajam kedua-dua hujungnya dan kukuh)

Cara-cara membuatnya:

  • Tanak (masak) dahula pulut…tanak sampai masak dan berbau harum yer, dan sejukkan sambil menunggu pulut nasi itu sejuk. Kita boleh membuat kerja-kerja lain seperti basuh sotong hingga bersih.
  • Selepas itu, buang semua isi-isi perut sotong tu, tak nak tinggal apa-apa. Kalau sotong ada telur, asingkan dan nanti boleh letak di dalam kuahnya nanti. Kepala dan janggut sotong jangan dibuang, sebab bila dah masukkan pulut didalam perut sotong, kita boleh tutup dengan kepala sotong. Menarikkan???… hehehehe
  • Selepas basuh dan pulut telah sejuk, bolehlah kepal-kepalkan pulut dan sumbat masuk ke dalam sotong. Nak masukkan pun ada teknik, masukkan sikit-sikit lepas itu, tolak pulut perlahan -lahan sampai bawah, tolak dengan menggukan ibu jari.
  • Biar ia sampai ke bawah sampai padat, nak tahu kenapa perlu padat? sebab nanti bila bila masak di dalam kuah, pulut-pulut itu akan terkuluar dalam kuah dan jangan isi sampai penuh sangat sampai atas. Isi la agak-agak sampai boleh cucuk lidi kat sotong itu untuk tujuan mengemas sotong dan mengelakkan pulut terkeluar.
  • Di dalam satu periuk yang besar,masukkan sotong-sotong ini semua termasuk janggut dan telur sotong. Selepas itu masukkan halba yang dah dicuci tadi satu sudu besar, masuk bawang, halia dan serai. Masukkan santan dan masukkan garam secukup rasa.
  • Sentiasa kacau kuah dengan perlahan-lahanu kuah sotong ini, jangan dikacau kuat sangat. Disarankan agar janganlah menambah air lagi sebab sotong ini apabila kita masak ia akan kecut dan akan mengeluarkan banyak air. Sekiranya ditambah air lagi maka kuah akan menjadi cair. Kita mahukan kepekatan kuah.
  • Masak sotong sumbat ini sekejab sahaja. Anggaran dalam 15 minit sahaja. Setelah masak boleh lah dimakan.. Mudahkan??…

Mudah bukan? selamat mencuba, pasti puas hati 😉

Read More: Cara Buat Pulut Serunding Ikan Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Ketupat Sotong Terengganu Paling Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *