Assalamu’alaikum…

Halloo… Selamat pagi semua… jom kita jamu mata dengan hidangan simple saya. Masak kari ikan cencaru dicampur dengan kacang bendi yang comel-comel saiznya. Sebenarnya saya tidak pernah gunakan ikan cencaru untuk dimasak dengan menu kari tetapi bila jenuh memikirkan hendak masak apa.

Teringat pula semasa anak-anak gadis saya masih kecil, saya pernah menyuapkan nasi berlauk kari cencaru di rumah mak ngah suami. Apa lagi masaklah. Hehe…. Suami pun kata sedap dan meratah ikan-ikannya hingga tinggal tulang. Alhamdulillah… Masakan ini juga hanya menggunakan sedikit sahaja santan.

Hari ni gi gerai jual ikan, tak banyak pilihan ikan pun tak berapa nak segar. Maklum la musim-musim hujan ni, payah nak dapat ikan. Saya pilih ikan cencaru sekilo Rm 12. Pehhhh… mahal betul, saya amik 4 ekor jek. Tak beso pun sedang-sedang jek, rega dia Rm 9 terima jek la, tak leh nak kata apa.

Hari tu saya beli ayam seekor Rm 11 jek, mahal ikan dari ayam sekarang ni. Lelagi musim-musim hujan, nak wat cam mana kan? jemu dah makan ayam, daging, ikan pulak la. Mahal pun beli jugak la, nak wat cam mana, nelayan pun kesian jugak. hehehe… Okey, jom resepi sedap bawah ni…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan cencaru atau boleh pakai apa-apa ikan yang sesuai
  • 2 labu bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 sb cili giling
  • 1 paket rempah kari ikan baba’s (bancuh dengan air hingga jadi pes)
  • 2 sb air asam jawa
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
  • 1 biji buah tomato
  • 5 batang bendi
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 1/2 cawan air (boleh adjust kalau nak cair atau pekat)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  • Bersih ikan, potong 2, toskan air.
  • Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili giling.
  • Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan rempah kisar dan tumis hingga garing dan masukkan rempah kari ikan babas .
  • Tumis hingga rempah garing dan naik bau.
  • Masukkan air asam jawa dan air, terpulang pada citarasa masing-masing. kalau nak banyak kuah, tambahkan air.
  • Bila kuah dan menggelegak, masukkan ikan dan bendi. perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Bila ikan dah masak, masukkan tomato, kacau sekejap dah siap.
  • Hidang bersama nasi panas-panas.

Sesetengah kandungan nutrien atau nutrien dalam sayur-sayuran adalah sesungguhnya pengangkutan sangat banyak dan berbeza-beza juga. Dan antara kandungan sedemikian adalah juga sangat membantu dalam prestasi organ kita menjadi lebih normal. Salah satu kandugannya itu adalah fosforus dan lain-lain gentian yang diperlukan oleh badan.

Faedah dan manfaat daripada sayur-sayuran pengangkutan untuk kesihatan:

  1. Menormalkan edaran atau peredaran dalam badan.
  2. Bersih dan mengekalkan prestasi yang sama hati.
  3. Mencegah sembelit atau sembelit.
  4. Menormalkan dan meneutralkan asid dalam perut.
  5. Mencegah stres, tertekan dan berasa Resah.
  6. Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
  7. Mengurangkan tekanan pada sendi.
  8. Mencegah dan mengurangkan radang paru-paru.
  9. Merawat ambeien atau buasir.
  10. Merawat sakit tekak.
  11. Menghalang tahap gula dalam darah tinggi kencing manis.
  12. dan lain-lain.

Selain berkongsi resepi masakan yang enak dan lazat. Ia akan lebih baik jika manfaat daripada beberapa bahan yang digunakan sebagai bahan-bahan untuk memasak. Selamat mencuba… 😉

Read More: Resepi Asam Pedas Ikan Sembilang yang Sangat Sedap

Kari Ikan Cencaru yang Sedap Bersama Faedah Bendi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *