Dunia adalah tempat beramal untuk membawa bekalan. Hatta, amalan kecil dari zarah juga Allah akan beri ganjaran. Semua amalan kebaikan dan kejahatan akan dihitung. Kita nak amalan yang dibalas dengan kebaikan, bukan kejahatan. Kadang kadang amalan kebaikan yang kita buat adalah kecil sahaja tetapi Allah yang Maha Pengasih membalas dengan ganjaran yang lebih besar. Apa yang Allah kurniakan kadang kadang adalah sesuatu yang tidak kita sangka sangka.

Sekarang kita beralih bab masakan pula. Entah kenapa tiba-tiba teringin lak nak makan kari ikan seperti yang dimasak oleh Kak Zainab, kakak ipar saya yang memang sangat handal dalam bab masak memasak. Kari yang dia sediakan memang sedap, cair-cair dan mempunyai rasa masam-masam yang memang sangat mengancam selera. Lebih-lebih lagi ternampak ada kawan kawan blogger yang menayangkan kari ikan bawal hitam juga. Kalau ke Line Clear atau Restoran Pelita, ikan yang digunakan untuk kari ialah ikan bawal hitam. Mengikut Mamak Haji, ikan bawal hitam bersaiz besar yang sedap dimasak kari. Tapi hari ini yang ada hanya saiz sederhana besar.

Baru saya tahu rupanya, ada cara memotong ikan bawal hitam seperti masakan nasi kandar. Sebab ikan saya hari ini bersaiz sederhana besar, tak dapatlah nak potong seperti itu. Hmm lain kali boleh cuba jika terjumpa dengan ikan bawal hitam yang bersaiz besar. Ikan bawal yang kecil kecil lebih sedap digoreng garing, yang kadang kadang dicicah kicap berlada. Untuk menghasilkan ikan yang garing rangup, mesti menggunakan minyak yang panas, api yang kuat sedikit di permulaan supaya kulitnya garing. selepas itu dikurangkan sedikit sehingga ikan masak secukupnya. Tanda tanda ikan masak ialah ikan mula terapung dalam minyak atau tiada lagi bunyi sssshhhh…. Ikan yang telah digoreng mestilah ditos dan kering permukaannya dengan menggunakan kertas tisu dapur.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Sedap dicicah dengan roti gardenia. Dengan rasanya yang masam-masam.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan bawal sederhana besar – potong 2, cuci dan toskan
  • 2 biji buah tomato – di belah 4
  • 1 tangkai cili hijau – belah 2
  • 1 tangkai cili merah – belah 2
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 sudu besar kari ikan*
  • 2 sudu besar kari daging*
  • 2 sudu besar cili kisar*( *bancuh dengan 1/2 cawan air)
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan sedikit gula

Bahan Kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • Sedikit kunyit

Bahan Tumis:

  • 1 ulas bawang putih- di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 batang kayu manis
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 batang serai di titik

Cara Menyediakan:

  • Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau sebati. Masukkan rempah kari dan cili kisar yang di bancuh dengan sedikit dan gaul lagi. Tumis hingga terbit minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan kacau lagi. Masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih.
  • Masukkan ikan dan biarkan mendidih. Tambahkan air lagi ikut kepekatan yang di kehendaki.
  • Masukkan garam dan sedikit gula.
  • Masukkan buah tomato yang di belah 4. Biarkan mendidih lagi.
  • Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan.

Tips Membasuh Ikan Bawal Supaya Tidak Hanyir:

Basuh ketulan ikan bawal terutamanya ambil kira basuh bekas darah ikan yang terdapat di tulang tengah. Kepala ikan bawal perlu dibasuh dengan membuang segala sisa darah dan insang. Sisa-sisa darah ikan ini menyebabkan kehanyiran dan juga memberi kesan kepada warna kari ikan menjadi kehitaman. Ketulan ikan yang telah dibersihkan perlu diperamkan dengan dua sudu garam dan 1 sudu besar asam jawa untuk menghilangkan bahan kimia atau pun lendir ikan yang akan menghanyirkan ikan tersebut selama 30-45 minit. Basuh kembali ketulan tersebut dengan air bersih. Ketulan ikan ini sedia untuk masak.

Mudah je kan cara buat Kari Ikan Bawal?… Semua pastila dapat buatnya di dapur masing-masing. Semoga bermanfaat san Selamat Mencuba….

Read More: Resepi Ikan Tongkol Goreng Lada Hitam yang Mudah dan Simple

Kari Ikan Bawal Hitam Paling Lazat Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *