Assalamu’alaikum…

Serunding ikan yang saya buat petang semalam, adoyaiiii… lamanya nak bagi dia kering betul-betul. Maklumlah memasak dengan api kecik dan takut hangus lak sebab sambil menunggukan serunding ni sambil layan main game. Kadang-kadang sampai terlupa yang serunding ada atas dapur! Buat ni untuk jadikan stok, nanti-nanti kalau nak makan serunding dah sedia ada kan?… Bila baca kat ruangan komen tu ada yang kata makan dengan nasi impit, dah teringin lak pulak. Nantilah kalau rajin boleh rebus nasi impit, stok pun dah ada.

Sebenarnya, sudah banyak yang kongsikan resepi serunding ini di google. kebanyakan kawan blogger kongsikan resepi ini menggunakan bahan ikan sardin atau selayang. tetapi resepi yang saya kongsikan ini lain sedikit sebab saya menggunakan ikan tongkol sebagai bahan nya.

Apabila bulan puasa serunding antara makanan yang mendapat perhatian ramai sebab serunding ini paling sedap apabila disediakan bersama ketupat, lemang, dan nasi impit. Jadi makanan ini adalah menu wajib apabila hari raya tiba.

Siapa suka serunding?… Tak payah lah angkat tangan, apabila anda menggemari serunding maka anda ada di artikel yang sesuai sebab artikel ini akan membantu anda membuat serundeng. Jom kita layan resepinya dibawah.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan tongkol (anggaran 1 kg ikan)
  • 4 biji daun limau
  • 1 inchi lengkuas
  • 200 gram gula merah – hiris nipis
  • 250 gram kelapa parut
  • Sedikit asam keping
  • Minyak goreng secukupnya

Bahan Kisar Halus:

  • 8 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1/4 sudu kecil jintan
  • Garam secukup rasa
  • 3/4 inchi kunyit hidup

Cara Membuat:

  • Rebus ikan bersama asam keping hingga empuk supaya isi ikan mudah tertanggal. kemudian apabila sudah empuk asingkan isi dan tulang ikan. isi ikan ditumbuk.
  • Goreng kelapa parut tanpa minyak hingga kering, angkat dan ketepikan sekejap.
  • Panaskan minyak dan masak bahan kisar halus hingga harum kemudian masukkan daun limau dan lengkuas. lepas itu tambahkan sedikit air, gula merah, dan ikan yang sudah ditumbuk tadi. masak dan kacau hingga rata.
  • Akhir sekali, masukkan kelapa parut yang sudah digoreng tadi dan kacau hingga rata, apabila serunding sudah kering boleh lah matikan api dan siap untuk dihidangkan.

Tips:

  1. Masak atas dapur dengan api paling kecil, sesekali kacau supaya tak hangit. Time ni anda boleh bersiul-siul sambil kumpul tenaga, coz bila air dah mula kering anda akan kacau tanpa henti supaya tak hangit, sampai ketiak pon bau hangit. hehehe…
  2. Bila air kering boleh perasakan dengan garam gula. Kalau anda nak lemak ley la letak santan macam serunding yang lain. Tapi yang ni untuk buat popia kecil aku tak letak santan sebab nati popia tak rangup.

Okey sampai sini dulu, kita jumpa next entry okey, yang pastinya memang pasal makanan lah kan.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Sambal Tumis Ikan Cencaru dan Petua Goreng Ikan

Jom Cuba, Resepi Serunding Ikan Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *