Assalamu’alaikum…

Ikan Tuna Masak Sos Lada Hitam Simple dan Paling Lazat – Sebelum keluar bekerja, saya sudah merancang terlebih dahulu apa menu yang perlu disediakan untuk anak-anak sekembalinya mereka dari sekolah. Oleh kerana bujang sulung saya ada di rumah, jadi saya berpesan kepadanya supaya masak nasi terlebih dahulu, dan keluarkan beberapa bahan yang perlu direndam sementara saya pulang untuk masak lauk. Hari ini, dalam masa yang singkat, setelah bujang sulung siap masak nasi, saya hanya mengolah lauk-pauk sahaja. Salah satu lauk untuk hidangan anak-anak pagi hari ini ialah Ikan Tuna Masak Sos Lada Hitam.

Petua memilih ikan tuna, ikan tuna yang mengandungi merkuri atau tercemar mempunyai ciri-ciri fizikal yang berbeza mengikut kandungan raksa. ikan tuna yang mempunyai fizikal kuning mempunyai kandungan raksa yang lebih rendah daripada tuna putih atau albacore. Wanita hamil dinasihatkan agar tidak mengambil lebih daripada 6 auns tuna putih setiap minggu bagi perkhidmatan kemanusiaan.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 6 keping ikan tuna, lumur dengan sedikit garam dan kunyit
  • 4 sudu masan sos lada hitam
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 10 biji cili padi, hiris [saya gantikan dengan cili besar]
  • 2 biji cili hijau, hiris [tak bubuh]
  • 3 ulas bawang putih, cincang
  • 1 biji bawang besar, belah 2 dan hiris
  • 2 cm halia, hiris
  • 1 cawan air
  • Minyak

Cara-cara Membuat:

  • Goreng kepingan ikan tuna hingga masak.Ketepikan.
  • Dengan menggunakan sedikit lebihan minyak bekas gorengan ikan tuna, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu.
  • Masukkan sos lada hitam, sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  • Tambahkan air dan biarkan mendidih.
  • Masukkan ikan, hirisan cili padi, dan cili hijau.Biarkan kuah memekat.
  • Tambahkan bahan lain yang digemari seperti tomato ceri dan daun bawang.
  • Tutup api dapur, angkat dan hidangkan.

Faedah Tuna:

  1. Sebagai Sumber Protein Badan
    Apabila bercakap mengenai protein maka apa yang kita lihat di dalam otak kita boleh menjadi telur dan daging. tetapi ternyata ikan tuna juga mempunyai kandungan protein yang cukup tinggi. Kandungan protein ini baik untuk membantu menjaga otot yang kuat. Protein juga baik untuk darah, kulit, rambut, dan kuku.
  2. Boleh Menghalang Strok
    Tuna boleh membantu anda mengelakkan strok. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa orang dewasa yang memakan 1-4 hidangan ikan sebagai sebahagian daripada diet mereka mempunyai risiko strok iskemia 27% lebih rendah. lima atau lebih hidangan ikan setiap minggu mengurangkan risiko strok sebanyak 30%.
  3. Tekanan Darah Tinggi
    Tuna mempunyai asid lemak omega-3 yang boleh membantu mencegah tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan bahawa daging atau makanan seperti tuna, yang mengandungi asid lemak omega-3 membantu menjaga tekanan darah stabil. Mereka yang belum mempunyai tekanan darah tinggi mendapat kesan yang besar dari asid lemak omega-3. Faedah ikan salmon atau ikan lain yang mengandungi asid lemak omega-3 juga sama, iaitu untuk tekanan darah tinggi.

Sedap dan mudah sahaja kan resepi Ikan Tuna Masak Sos Lada Hitam ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu juga rakan-rakan di luar sana. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Sambal Kering Ikan Bilis Paling Sedap dan Simple

Ikan Tuna Masak Sos Lada Hitam Simple dan Paling Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *