Assalamu’alaikum…

Ikan Terubuk Bakar dan Pencicah Air Asam Sedap dan Spesial – Hari ini saya membakar Ikan Terubuk dengan mengguna pemanggang ajaib sahaja selepas kesian melihakan hubby dulu membakar ikan menggunakan dapur arang sehingga habis hancur ikannya. Ikan dibalut dengan daun pisang dan kemudian lumurkan sedikit minyak di permukaan pemanggang ajaib supaya daun pisang tidak melekat. Cepat masak dan tidak perlu bersusah payah menghidupkan bara arang. Ini adalah baki ikan terubuk yang hubby beli tempohari di Pasar Taman Tun. Harganya boleh tahan juga.

Saya mengambil resepi dari blog Dapur Tanpa Sempadan dan diubah suai sedikit mengikut cara ais asam ikan bakar yang dijual berhadapan Hospital Tangling yang sangat femes di waktu makan tengahari. Saya sangat gemar akan rasa air asamnya yang sangat secukup rasa. Jom kita layan resepi… Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan terubuk, saiz sederhana
  • 3/4 inci kunyit hidup*
  • 1 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
  • Garam secukup rasa

Bahan Air Asam Harum:

  • 3 biji cili merah*
  • 6 biji cili padi*
  • Sedikit belacan dibakar*(*ditumbuk atau dikisar halus)
  • 1 biji bawang besar hiris halus
  • 2 biji tomato saiz sederhana, didadu
  • 1 kuntum bunga kantan, hiris halus
  • 4 tangkai daun kesom, dihiris halus
  • 250 gram asam jawa + 6 camca besar air, ramas dan tapis jusnya
  • 2 biji limau kasturi, perah jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 camca besar “budu”

Cara-cara Membuatnya:

Untuk Ikan Terubuk Bakar:

  • Ikan disiang, buang sedikit ekornya, gunting sirip dan insangnya.
  • Cuci bersih terutama bahagian perut ikan. Cuci hingga perut ikan bersih dari kesan-kesan hitam. Berhati dengan tulangnya.
  • Kemudian perap dengan sedikit garam dan limau kasturi selama 10 minit, cuci kembali hingga bersih dan ketepikan.
  • Lumur ikan tadi dengan bahan tumbuk lumat, terutama bahagian dalam perutnya, dan perasankan dengan sedikit garam.
  • Biar sekejap ikan tadi. Panaskan non-stick pan, letakkan ikan tadi dan kecilkan api.
  • Tutup pan dan biar 10 – 15 minit, kemudian terbalikkan dan sambung membakar lagi untuk 10 – 15 minit.
  • Bakar ikan hingga masak, bila isinya bertukar keputihan.
  • Hidangkan bersama ulam-ulam dan sambal air asam harum rampai.

Untuk Air Asam:

  • Satukan semua bahan kecuali garam, gula dan jus limau kasturi, dalam satu bekas, jika pekat boleh tambah sedikit air.
  • Kacau rata dan tambah garam secukup rasa dan juga gula.
  • Jika menggunakan “budu”, garam harus dikurangkan sedikit kerana budu tadi sudah sediakala masin.
  • Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata, rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama ikan terubuk bakar.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi Ikan Terubuk Bakar dan Pencicah Air Asam ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Terubuk Masin Goreng Paling Mudah dan Simple

Ikan Terubuk Bakar dan Pencicah Air Asam Sedap dan Spesial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *