Assalamu’alaikum..

Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas Mudah dan Paling Sedap – Lama kita tak main masak-masak kan, asyik deco-deco aje. Ramai yang dah mula merungut nampaknya. Bilalah dapur Resepi Masakan Ikan nak berasap semula. hehee… Sebenarnya bukan tak nak kongsi resepi lagi, tapi kadang apa yang di masak pernah di kongsi sebelum ini. Kekangan masa dan kesibukkan yang tidak berpenghujung membantutkan lagi hasrat untuk berkongsi resepi dengan rakan-rakan yang ita sayangi ini.

Ok lah sebagai tidak menghampakan dan juga permulaan, kata orang nak start enjin tu, kita panas-panaskan dulu dengan asam pedas power meletup ni..! Memang power dan memang meletup! panas berasap telinga di buatnya. Tak taulah mungkin cili yang ita guna kali ni pedas sangat barangkali. Itu ita tak letak cili api sebagaimana yang di kongsikan tuan empunya resepi ni. Kalau letak tak tahulah gamaknya, ada tercabut terus telinga ni.

Bagi yang nak cuba resepi ni, bolehlah kurangkan cili kering tu bagi yang tak suka pedas berasap ya.. Jangan letak cili padi dan kurangkan juga sukatan lada hitam. Bila lada hitam bertembung pulak dengan cili kering dan cili api, di tambah lagi halia dan serai. Mau tak berasap telinga di buatnya.

Resepi ni memang sedap! walaupun pedas berasap, masih lagi terasa powernya tu. Makan dengan ikan goreng dan sambal belacan pun dah bertambah-tambah di buatnya nasi di pinggan. Tapi yang ita punya ni tak payah sambal belacan, kalau tambah sambal belacan, bukan telingan aje yang tertanggal, dengan kepala-kepala sekali pun boleh tercabut tau!

Ok kita tak payah sembang banyak, saya pun banyak lagi tugasan yang menanti. Kalau ada masa kita sembang lagi ya. Jom layan asam pedas ni dulu ya.. Kali ni saya guna ikan tenggiri untuk resepi kali ni. Adoiii… mahal betulah harga ikan sekarang. Sekali gi pasar beli ikan aje dah 3 keping duit seratus limapuluh melayang. Kadang terbayang jugak, sampai bila lah situasi ini akan berlanjutan.

Eemm… jangan di fikirkan lah, kita makan asam pedas sambil urut dada dan bersyukur dengan rezeki yang terhidang di depan mata. Jom kita makan.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 3 keping ikan tenggiri dipotong dan cuci bersih
  • 400 mk air
  • 100 gm bendi
  • 1 batang serai dititik
  • 1 kuntum bunga kantan di belah dua
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 cekak daun kesum
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 sudu besar pes cili atau 15 tangkai cili kering di kisar
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm lengkuas
  • 1 sudu teh belacan

Cara Membuat:

  • Pijarkan minyak
  • Tumiskan serai dan bahan kisar hingga harum, garing dan terbit minyak
  • Masukkan air dan air asam jawa dan masak hingga didih
  • Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan dan ikan
  • Renihkan senentar hingga ikan masak
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  • Akhir sekali masukkan bendi
  • Masak sebentar hingga bendi lecur dan sedia di hidangkan

Simple dan mudah sahaja kan resepi Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu di luar sana

Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas Mudah dan Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *