Assalamu’alaikum…

Sudah merancang nak masak apa untuk makan petang hari? Sesekali masak ikan kukus pun sedap juga kan, di samping itu ia juga menyihatkan. Kali ini saya guna ikan Siakap. Cara yang paling mudah adalah meminta penjual ikan menyiangnya sebaik sahaja di timbang. Mudah kan? Tinggal di bawa pulang dan masak sahaja. Sedap tau kukus ikan siakap yang masih ‘fresh’, kerana masih terasa manis dan segar.

Bila menyebut masakan stim yang pasti terbayang adalah ikan siakap. Boleh juga guna ikan lain seperti kerapu, bawal tapi ikan siakap paling sinonim dengan masakan stim. Yang paling paling utama ialah mendapatkan ikan yang segar supaya terasa kemanisannya. Masakan stim tidak hanyir. Jom layan resepi yang digunakan hari ini… Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan Siakap – kelar
  • Daun ketumbar – tabur
  • 1 biji imau nipis – hiris hiasan

Bahan Kuah:

  • 1/2 biji bawang besar -hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 2-3 tangkai cili padi – hiris
  • 3 helai daun limau purut – carik
  • 1 biji limau nipis – ambil jus
  • 1-2 batang serai – potong serong
  • 1 inci halia – hiris
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap
  • Garam
  • Gula

Cara-cara Membuat:

  • Masukkan sedikit dari bawang, halia dan serai untuk disumbat ke dalam perut ikan dan kukus selama 15-20 minit atau sehingga ikan masak.
  • Tuang bahan bahan kuah ke atas ikan dan kukus beberapa minit lagi.
  • Angkat dan taburkan daun ketumbar dan hias dengan hirisan limau nipis.
  • Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi Ikan Siakap Kukus/Stim ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Ikan Siakap Bersos Mangga yang Mudah dan Sedap Sangat

Ikan Siakap Kukus/Stim Ringkas yang Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *