¬†Assalamu’alaikum…

Ikan Siakap Kerabu Mangga Paling Mudah dan Sedap– Apa khabar semua?.. Semoga kalian semua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dalam pelihraanNYA sentiasa. Sekejap aje dah pun berada di tengah-tengah bulan Oktober. Terasa masa berjalan begitu pantas sekali, sedar-sedar nanti dah masuk tahun baru. Tahun depan nampaknya rutin harian saya sedikit berubah. Ini kerana kemungkinan besar anak dara saya akan bersekolah berasrama. Hanya anak kedua saja yang bersekolah (tahun 1) di sini.

Jadi tidaklah saya terkejar-kejar balik dari ofis kemudian terpaksa singgah 3 tempat berbeza untuk jemput anak-anak sebelum sampai ke rumah seperti sekarang. Harap-harap dapatlah sampai rumah awal sedikit berbanding sekarang. Tambah-tambah musim-musim hujan macam sekarang ni. Hari-hari sampai rumah pukul 7 lebih! Nak memasak pun terkejar-kejar dibuatnya.

Tapi kemungkinan kekerapan untuk berada diluar kawasan di waktu cuti pula semakin kerap. Yelah.. bila anak dah masuk asrama, bermulalah sesi melawat anak di asrama pula. Tambah-tambah baru pertama kali berpisah jauh dengan anak, faham-faham sajalah. hehehe…

Okeylah… cukup membebel yang tak berkaitan dengan resepi. Jom saya kongsi resepi pembuka selera ni! Sangat berselera kami makan lauk ni untuk dinner beberapa hari yang lepas. Sesekali rasa teringin nak makan yang masam-masam, adi buatlah lauk 2 in 1 ni. Lebih sesuai menggunakan ikan sekor-sekor yang bersaiz besar/sederhana macam ikan siakap atau kerapu. Jom resepi bawah ini…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia – hiris panjang
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • 1/2 biji capsicum – potong dadu
  • 1/2 biji bawang besar – potong dadu
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 batang karot – potong dadu
  • Sedikit nenas – potong dadu
  • Sedikti garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

  • Ikan di lumur garam dan kunyit dan sedikit tepung jagung kemudian di goreng hingga garing. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
  • Tumiskan bawang tumbuk ,halia dan bawang besar.
  • Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sebati.
  • Masukkan capsicum,karot dan nenas.
  • Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
  • Biarkan hingga mendidih, tambahkan garam dan gula seukup rasa.
  • Angkat dan tuangkan ke atas ikan yang di goreng tadi.

Untuk Kerabu Mangga

Bahan-bahan:

  • 2 biji mangga muda
  • 2-3 biji bawang kecil
  • Cili padi
  • Udang kering – pilihan
  • Kacang goreng – tumbuk sedikit
  • Gula
  • Sos ikan secukup rasa

Cara Membuatnya:

  • Parut an mangga. Gaul dengan bawang yang di hiris halus dan cili padi yang di potong kecil.
  • Masukkan udang kering, sos ikan dan sedikit gula. Rasalah setakat mana kesesuaian dengan selera masing-masing.
  • Akhir sekali masukkan kacang tumbuk. Letakkan kerabu mangga di atas ikan tadi.
  • Siap untuk di hidangkan.

Mudah-mudahan saya kongsikan buat masa ini, ia dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Ikan Siakap Laprik yang Harus Cuba

Ikan Siakap Kerabu Mangga Paling Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *