Assalamu’alaikum… buat rakan-rakan saya kat luar sana. Memandangkan cuti sekolah yang agak panjang. Masa inilah semua ahli keluarga dapat berkumpul dan makan bersama-sama. Hari ni masak special sikit Ikan Siakap Bersos Mangga. Boleh di jadikan menu pelengkap untuk juadah makan tengah hari.

Rasa ikan yang cukup menyegarkan. Rasa masam sedikit pedas dan manis sangat enak di nikmati bersama-sama nasi panas adalah kenikmatan yang sangat luar biasa. Rasanya meronta-ronta nak tambah satu pinggan lagii. Hehehe… Meh kita simak resepi dan bahan-bahan yang perlu di sediakan. Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Bahan-bahannya:

  • Seekor ikan siakap/ kerapu dibersihkan. Rendam dengan air asam jawa dan garam untuk membuang hanyir dan darah ikan. Kemudian lap kering.

Bahan Untuk Menyalut Ikan.

  • 5-6 sudu besar tepung jagung
  • 1 sdt lada putih
  • Sedikit garam

Cara-caranya:

  • Campurkan semua bahan diatas sehingga rata
  • Salutkan ikan yang telah dilap kering dengan tepung jagung, lada putih dan garam tadi sehingga rata.
  • Kemudian goreng dalam minyak yang panas. Pastikan ikan tenggelam dalam minyak.
  • Apabila telah garing, angkat dan toskan.

Untuk Sos Mangga:

  • Sebiji mangga muda yang di parut kasar (atau dihiris)
  • 7-8 biji cili padi
  • 1/2 inci
  • 1/2 – 3/4 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan air yang dicampur dengan 1 sdb tepung jagung

Cara-caranya:

  • Masakkan 1 cawan air dengan cili padi yang telah diblend halus bersama dengan sedikit halia.
  • Kemudian masukkan gula dan biarkan sehingga gula hancur.
  • Apabila sudah menggelegak, masukkan air becampur dengan tepung jagung dan kacau sehingga campuran pekat dan berkilat.
  • Sekiranya terdapat bau pada cili padi tadi (dan berasa maung), campurkan air lagi dan masak atas api perlahan.
  • Apabila sudah masak. Bolehlah di hidangkan bersama ikan. Curahkan sos dikeliling ikan ( supaya kerangupan ikan dapat dikekalkan). Kemudian letakkan mangga yang diparut diatas ikan.

Sangat mudah dan simple je kan untuk membuat resepi Ikan Siakap Bersos Mangga ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Ikan Bawal Tiga Rasa Kegemaran Keluarga yang Sedap Sangat

Ikan Siakap Bersos Mangga yang Mudah dan Sedap Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *