Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah jumpa lagi… Tapi maaf, tak sempat lagi nak ronda-ronda dapur maya yang pastinya meriah dengan hidangan-hidangan yang lazat. Saya cuba toleh belakang pelan-pelan, membelek resepi-resepi yang lama dah dibuat, tapi tak terpost-post kat sini. Berkongsi Resepi Ikan Bakar yang Sedap ni, tapi cukup enak untuk di buat hidangan seisi keluarga. Bahannya cukup ringkas, rugi kalau tak mencuba. Resepi Ikan Siakap Bakar. Sudah selalu dengan siakap tiga rasa, siakap stim halia, apa kata kita bertukar selera dengan siakap bakar pula.

Kali ini saya akan berkongsi Ikan Siakap Bakar Berempah yang dicicah dengan air asam. Selain dari Ikan Siakap Bakar tu memang dah sedap sangat, tapi tak ada salahnya jika ditambah dengan dengan cicah air asam yang pastinya buat rasanya semakin sedap, dan semakin sedap sangat laaah. heheeee…

Jika anda baru cuba nak masak Ikan Siakap Bakar Berempah dan hasil sambal anda kurang sedap jangan kecewa terus cuba masak lagi . Selalunya semakin kerap anda cuba masak semakin anda mempelajari teknik dan cara yang terbaik untuk masak ikan bakar. Saya sendiri belajar dari try n error dan makin lama makin sodap la sambal yang dimasak. Resepi hanya la panduan tapi kekerapan anda masak yang akan jadikan anda mahir memilih bahan yang sesuai untuk masakkan anda masak itu. Jom layan resepi…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap – dibersihkan dan dibelah tengah
  • 4 helai daun limau purut – hiris halus
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 sudu kecil garam – dikisar
  • 1 sudu besar gula – dikisar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit – dikisar
  • 1/2 inci halia – dikisar
  • 1 batang serai – dikisar
  • 2 sudu cili giling – dikisar
  • Sedikit serbuk perasa maggi/ajinomoto – dikisar
  • Sedikit air
  • Aluminium foil/daun pisang

Cara-cara Membuat:

  • Kisarkan semua bahan-bahan kisar sehingga halus, sekata menggunaka blender yang di tambahkan sedikit air.
  • Siap kisar boleh la lumurkan pada ikan yang dibelah. Masukkan sekali daun limau purut yang dihiris. Simpan sedikit untuk hiasan.
  • Kemudian perapkan ikan yang telah dilumur dengan bahan perap tadi lebih kurang dalam 1/2 jam.
  • Sebelum tu panaskan oven dengan suhu antara 200-250 darjah celcius.
  • Letak ikan dalam aluminium foil dan masukkan dalam oven dan panggang selama 10-15 minit.
  • Setelah masak, keluarkan. Untuk keringkan sedikit kuah/berair, masukkan sekejap dalam pemangang ajaib. Biarkan sehingga kulit ikan agak garing dan lembab sedikit.
  • Pastu boleh angkat, dan hidangkan di atas pinggang. Taburkan dengan lebihan daun limau purut untuk hiasan.
  • Sedap dicicah dengan air asam dan sos kicap.

Selalunya ikan bakar ni sedap dicicah dengan air asam. Tapi kadang-kadang suami request juga sos kicap sekali.

Air Asam

Bahan-bahan:

  • 2 sudu kecil asam jawa (Adabi Xtra)
  • 1 biji limau nipis (diperah jus)
  • 1 sudu cuka makan
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit belacan
  • 4-5 biji cili padi (dipotong kecil)
  • 1 ulas bawang merah (dimayang)
  • Sedikit air masak

Cara-cara Membuat:

  • Satukan semua bahan-bahan dan kacau sekata sehingga gula, garam semua larut.
  • Masukkan sedikit air masak jika nampak pekat sangat.
  • Siap.

Sedap dan mudah sahaja kan resepi Ikan Siakap Bakar Berempah ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada rakan-rakan di luar sana. Selamat Mencuba…

Read More: Sotong Sambal Petai Paling Sedap

Ikan Siakap Bakar Berempah Mudan dan Sedap Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *