Assalamu’alaikum…

Ikan Merah Masak Halia Paling Simple – Selamat petang semua. Hari ni lambat cikit bersiaran. Anak-anak mula menghadapi peperiksaan. Semalam anak-anak telefon ” Bonda… doakan kita dapat jawap pereriksaan dengan baik ye Bon!… Bonda ampunkan kita, halalkan makan minum kita. Doakan kita tidak melakukan kesilapan ketika menjawab peperiksaan dan doakan kita lulus dengan cemerlang” Insyaallah nak, Bonda tak pernah berhenti berdoa untuk anak-anak. Harap-harap Allah memakbulkan doa ibu dan anaknyer.

Semoga semuanyer berkesudahan dengan yang baik-baik dan dirahmati Allah. Setiap niat dan perbuatan. Aamiin… Ingat! Bonda dan ayah sentiasa ada dihati kamu, kasih sayang yang tiada berpenghujungnyer. Walau jauh dimata namun kamu sentiasa dihati kami.

Okey lah jom kita bicara bab makan, hari ni nak makan apa??? ikan ke, ayam ke, daging ?? kalau yang tinggal dan berpenghuni dirumah ni sekarang, semua memang peminat setia ikan. So, kenalah ikut suara majoriti iaitu Ikan. Resepi kali ni juga dari Pak Engku iaitu Ikan Merah Masak Halia. Tabik spring toing! toing! toing! kat Pak Engku lah, sebab lauk ni memang marvelous… slurrrrppp… hingga menjilat jari, kalau makan pakai tangan. Kalau pakai sudu, hingga menjilat sudu dan garfu lah!… memang power! kalah power rangers. hehehe….

Biasa kalau masak letak rempah ratus ni memang kaw! kaw! lah kan. Aromanyer memang menusuk kalbu, menggoda selera dan mengugat diet ala kita belasah aje dulu 2, 3 pingan pun tak pe. Esok-esok kita sambung lah diet balik kan! jom kita jamu selera dulu…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Ikan (terpulang la ikan ape pun)
  • Halia (ikut nak banyak mana pun)
  • 1 biji bawang besar
  • 6-7 ulas bawang putih
  • Sedikit lada hitam

Cadangan bahan-bahan untuk side-kick:

  • Lada benggala
  • Kobis bunga
  • Hirisan halia dan sedikit daun sup. (adjustable)

Cara-cara penyediaan:

  • Ikan terlebih dahulu dilumur dengan kunyit serbuk dan garam.
  • Digoreng (terpulang la nak garing, separuh garing etc) – Ketepikan.
  • Blend halia, bawang besar dan bawang putih
  • Tumis hingga naik bau.
  • Kemudian campurkan sedikit air, kicap dan sos tiram.
  • Bila dah mendidih masukkan lada hitam yang telah ditumbuk sedikit (kalau kurang rajin, guna lada sulah je).
  • Bila kuah dah hampir masak (agak-agak la), boleh la masukkan bahan-bahan sampingan ie. lada benggala, bunga kobis, hirisan halia dan daun sup (etc).
  • Perasakan dengan garam (jika perlu sbb kicap dan sos tiram dah masin)
  • Hidangkan ikan dalam bekas yang sesuai.
  • Last but not least, siram kuah tadi atas ikan.
  • Sedia untuk keluarga tercinta.

Simple je kan cara buatnya.. Semoga boleh bermanfaat dan selamat mencuba 🙂

Read More: Resepi Sotong Masak Pedas Chinese Style Paling Sedaaappp

Incoming search terms:

Ikan Merah Masak Halia Paling Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *