Assalamu’alaikum…

Ikan Kerapu Sweet Sour Simple yang Wajib Cuba РIkan kerapu hasil pancingan incik abang dan rakan-rakan beliau aritu, ada laa beberapa ekor. Saiz idak ler beso sangat..(macam nada pandang rendah je ek). Tapi best la kan kerapu fresh-fresh ni dimasak apa saja. Selain itu, itu nasib baik semua yang Allah berikan kepada kita, kita harus bersyukur.

Kali nih aku nak share resepi sweet sour atau ikan dimasak masam-masam manis atau ikan masak merah atau ikan masak sos..ah, mana-mana jelah lebih kurang je basic resepinya kan. Nih versi mudah yang amat, kiranya orang yang baru pandai masak pun boleh buat ler. Namun begitu hasilnya sangat kena dengan tekak kami sekeluarga. Selain ikan kerapu, boleh je kalau nak guna ikan jenis lain seperti siakap, ikan bawal, ikan merah dan sebagainya lah ye..

Bahan-bahan yang digunakan tidak terhad tau, terutama sayur-sayur tu. Sos tu pun kalau nak tambah sikit pun leh jugak, buh je ikut suka dan selera. Saya letakkan ajelah dalam resepi bahan-bahan yang aku guna kali ni. Kalau ada nenas, sedap buh nenas. Tapi memandangkan takde, aku campak je epal hijau. Sekali ngan epal merah. Saya sukak epal dalam masakan sweet sour. hehehe…

Jom layan resepi mudah yang saya sediakan hari ini. Resepi seperti ini, boleh jer dibuat ikut citarasa sendiri atau mengikut bahan-bahan yang ada dalam peti ais di rumah masing masing. Okey…lah, jom tengok resepi mudah dibawah ni..

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan kerapu sederhana besar
  • 1 biji bawang besar – dipotong berbaji
  • 2 ulas bawang putih hiris
  • 1/2 biji red capsicum – didadu
  • 1/2 biji yellow capsicum – didadu
  • 1/2 biji green capsicum – didadu
  • 1 batang leek – dikerat kerat
  • 1/2 inci halia – hiris halus
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1/2 camca teh sos tiram
  • 3 camca besar sos cili thai
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1/2 cawan air
  • 1 camca besar gula
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat:

  • Ikan kerapu dibersihkan, kelar-kelar, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng garing, angkat dan toskan. Letak dalam pinggan sesuai.
  • Panaskan sedikit minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah sos cili thai, sos tiram dan sos tomato, kacau rata dan tuang air. Biar mendidih.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Tambah semua jenis capsicum dan leek, masak sekejap dan rasa, jika perlu tambah garam atau gula, masak hingga pekat.
  • Tuang atas ikan tadi, ratakan dan hidang segera bersama nasi hangat.

Terima kasih banyak-banyak, kerana telah sudi mampir ke blog saya ini, semoga apa yang telah saya kongsikan boleh bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba…

Read More: Asam Pedas Melaka Ikan Kerisi yang Mesti Cuba

Ikan Kerapu Sweet Sour Simple yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *