Assalamu’alaikum…

Ikan Kerapu Masak Stim Paling Mudah dan Lazat – Sudah merancang nak masak apa untuk makan tengahari? Sesekali masak ikan kukus/stim pun sedap juga kan, di samping itu ia juga menyihatkan. Kali ini saya guna ikan kerapu. Ada banyak spesis ikan kerapu sebenarnya di perairan Langkawi ni tetapi yang paling saya kurang gemar tentang ikan yang satu ini adalah untuk menyiangnya, sukar sedikit kerana licin dan sisiknya juga agak mencabar untuk di bersihkan. Tambahan pula jika pisau dapur tidak benar-benar tajam.

Ikan kerapu adalah sejenis ikan yang boleh dimakan sehingga 70% daripada semua bahagian tubuh. Kelezatan daging karamel dan panjang proses produktiviti menjadikan ikan ini sangat diperlukan oleh pengguna supaya harganya mahal. Kandungan asid lemak tak tepu atau faedah omega 3 dalam ikan karp dapat membantu meningkatkan kecerdasan otak. Layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Tubuh memerlukan pengambilan asid lemak penting yang mengandungi manfaat omega 3 dan DHA kerana badan tidak boleh membentuknya secara bebas. Pengambilan beberapa nutrien yang terkandung dalam daging karamel akan menjadi perangsang positif yang memberi manfaat kepada daya ingatan otak. Faedah lain dalam bidang kesihatan yang boleh menghalang tubuh daripada penyakit jantung koronari dan kecacatan kekal dari serangan jantung atau strok.

Cara yang paling mudah adalah meminta penjual ikan menyiangnya sebaik sahaja di timbang. Mudah kan? Tinggal di bawa pulang dan masak sahaja. Sedap tau kukus/stim ikan kerapu yang masih ‘fresh’, kerana masih terasa manis dan segar. Jom kita tengok resepinya…

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor ikan kerapu, di belah salah satu sisinya melebar tetapi jangan sampai putus – dicuci bersih (untuk menghilangkan hanyirnya redam seketika dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi)
  • 2 batang serai (ambil putihnya sahaja – diketuk-ketuk)
  • 4 biji bawang merah – dihiris
  • 4 biji bawang putih – dihiris
  • 3cm halia – dihiris
  • 1cm lengkuas – dihiris
  • 3 biji lada besar hijau/merah – dihiris
  • 4 biji cili padi – dihiris
  • 2 biji tomato – dibelah empat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ minyak bijan
  • 1 sudu teh garam
  • ½ sudu besar gula
  • 200 mlm air
  • Daun bawang dan daun ketumbar secukupnya (untuk ditabur)
  • 150 ml air

Cara Membuatnya:

  • Masukkan serai, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, lada besar, cili padi, tomato yang sudah dipotong ke dalam pinggan yang tahan panas.
  • Kemudian masukkan sos tiram, minyak bijan, garam, gula, serbuk perasa dan air.
  • Kemudian masukkan ikan tersebut ke dalam campuran bahan-bahan tadi. Pastikan ia terendam sempurna.
  • Kukus selama 25 minit, atau sehingga masak , dengan api yang sedergana.
  • Taburlah daun bawang dan daun ketumbar di atasnya sebelum di hidangkan.

Sedap dan mudah sahaja kan resepi Ikan Kerapu Masak Stim ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu serat rakan-rakan di luar sana. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera…

Read More: Ikan Tuna Masak Sos Lada Hitam Simple dan Paling Lazat

Ikan Kerapu Masak Stim Paling Mudah dan Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *