Assalamu’alaikum…

Ikan Keli Simple dan Sedap yang Menyelarakan – Ikan keli bakar? Ikan keli panggang? Semuanya sama je. Resepi ni senang je tapi sedap. My mom selalu masak dengan pecahkan serai dan rendam dalam bawang putih hiris dan minyak. Lepas tu hempas-hempaskan serai ke atas ikan yang dibakar. Kaedah ni supaya ikan yang dipanggang guna arang tak menjadi kering. Kaedahnya sama macam bakar sate tu. Tapi aku tak buat gitu la, bakar je terus. Siap bakar, makan dengan air asam memang lazat tak terkata. Time meratah tu yang paling aku suka.

Keli atau nama saintifiknya clarias gariepinus, sejenis ikan air tawar banyak terdapat di benua Afrika dan Asia. Di negara kita, ia dipanggil keli, di Indonesia dikenali lele, di Afrika (mali), Thailand (Plamond), Jepun (namazu) dan Sri Lanka (gura magura). Ikan air tawar ini mempunyai pelbagai jenis, termasuk keli kayu, bunga, eksotik, limbat, mata kati, Russia, Afrika, jeram dan hutan. Layari juga channel youtube nya klik di SINI.

Sesetengah masyarakat tidak suka ikan ini kerana habitatnya yang kotor. Ikan keli ini perlu dibersihkan dengan cara betul, antaranya bagi menghilangkan rasa lumpur. Seelok-eloknya, buang semua isi dalam badan ikan dan keluarkan darah bekunya bagi mengelakkan bau hanyir yang kuat. Kemudian, lumur ikan itu dengan asam jawa, garam dan limau nipis bagi menghilangkan lendir dan bau. Lakukan sebanyak tiga kali, bagi memastikan ia benar-benar bersih.

Isinya lembut. Ia mengandungi Omega-3 pada kadar 0.51 gram (gm) bagi setiap 100 gm, kadar lemak sembilan peratus hingga 12 peratus tertinggi berbanding ikan lain. Ia juga mengandungi asid docosahexaenoic (DHA) yang baik untuk tumbesaran otak kanak-kanak. Ikan keli amat enak, walaupun disediakan secara ringkas seperti bakar atau panggang semata-mata dan dimakan bersama air asam. Jom layan resepi…

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

KELI BAKAR

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan keli (‎dibersihkan‬ & dikelar-kelar badannya)
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • 2 sdm serbuk kari
  • 2 sdm minyak masak

Cara-caranya:

  • Ikan keli disalut dgn serbuk kunyit&garam secukupnya.
  • Serbuk kari dibancuh dgn minyak masak.
  • Salut ikan keli dgn bahan bancuhan tadi&kemudian dibakar sehingga masak.

AIR ASAM

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar(dihiris)
  • 1 biji tomato(dihiris)
  • 1 tangkai cili besar(dihiris)
  • 4 tangkai cili padi(dihiris)
  • 1 sdb asam jawa
  • 1/2 cwn air
  • Secubit belacan bakar
  • Garam/gula

Cara-caranya:

  • Campurkan semua bahan, gaulkan biar sebati.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat.

Read More: Resepi Ikan Keli Asam Pedas Paling Sedap dan Simple

Incoming search terms:

Ikan Keli Simple dan Sedap yang Menyelarakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *