Assalamu’alaikum…

Ikan Goreng Bersos Sedap dan Istimewa – Apa khabar semua? Masak apa untuk pagi hari ini? Special ke simple? Saya masak yang simple je… atas permintaan anak-anak. Aisyah nak makan ikan goreng tapi kuah ‘sup’ tak nak pedas ya… Aisyah dan Maulidina, bagi diaorang apa sahaja kuah di panggil sup…kalau memang sup, tak pe la…tapi asam pedas pun dipanggil sup…yang penting, saya paham dan anak-anak saya makan.

Saya pun google la resepi yang mudah dan memenuhi kriteria yang anak-anak minta…dalam duk pilih-pilih. Saya berkenan dengan resepi yang dikongsi oleh kak Hana senang dan rasanya anak-anak saya pasti suka, saya lebih suka. Ok la untuk tak membuang masa, saya kongsikan semula resepi ikan goreng sos ini, cuma atas permintaan… saya tak la curahkan kuah di atas ikan… Sila Layai juga channel youtubenya klik di SINI.

Bahan Ikan Goreng:

  • Ikan – terpulang la ikan apa yang sesuwai digoreng
  • *garam
  • *serbuk kunyit
  • *tepung jagung

Bahan Sos:

  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 1 inci halia – cincang
  • 2-3 sudu makan sos tomato
  • 2-3 sudu makan sos chili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit air
  • 1 keping nenas dalam tin – potong dadu
  • Tomato atau timun – potong dadu
  • Sedikit air nenas
  • Lada benggala merah dan hijau – potong dadu
  • Garam dan gula
  • Daun ketumbar@daun sup – untuk tabur

Cara-cara Membuat:

  • Lumurkan ikan ngan bahan-bahan bertanda *. Goreng dengan minyak yang panas sehingga masak dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan juga halia hingga naik bau.
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
  • Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
  • Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
  • Taburkan daun ketumbar/daun sup dan hidangkan.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi Ikan Goreng Bersos ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Sardin Masak Kicap Pedas Paling Mudah dan Lazat

Ikan Goreng Bersos Sedap dan Istimewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *