Assalamu’alaikum…

Ikan Dori Grill & Sos Garlic Paling Lazat yang Wajib Cuba – Seperti yang dijanjikan semalam, di sini saya ingin kongsikan salah satu resepi yag telah saya masak untuk makan malam 2 hari lepas. Sebelum tu, saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kak Maryam kerana telah mencuba Resepi Sup Tulang Pedas Masam yang sememangnya menjadi salah satu masakan favorite saya lebih-lebih lagi pada beberapa hari ni. Haaa… kalau tak cuba, memang tak tau rasanya macam mana kan? hehe… thanks yer Kak Rohah.

Ok, jom layan resepi ikan dory. Alhamdulillah, berbaloi rasanya membeli satu pek isi dory yang harganya amat-amat berpatutan dan boleh dimasak 2-3 kali. Mana nak carik ikan ni yer?? senang jer tuu… cariklah kat pasaraya seperti Giant, ada dijual di bahagian freezer. Harga lebih kurang rm10 jer kalau tak silap. Ikan bakar ni sedap dimakan bersama sambal kicap. Selamat mencuba yer! Sila Layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 kg fillet ikan dori
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu kecil serbuk parsley (Parsley Flakes)
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Serbuk paprika secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak zaitun

Cara-cara Membuat:

  • Cuci fillet ikan dori. Toskan
  • Sebatikan ikan dori dengan garam dan jus lemon.
  • Ratakan ikan tadi dengan serbuk parsley, paprika dan lada hitam.
  • Panaskan kuali leper untuk grilkan ikan. Curahkan minyak zaitun secukupnya.
  • Panggang ikan dalam kuali dan sesekali dibalikkan perlahan-lahan. Gril hingga masak anggaran 5-7 minit.

Bahan Sos Garlic:

  • 1 biji bawang putih | diracik halus
  • 1 Sudu kecil planta
  • 200ml susu segar
  • 1/2 kiub ayam knorr
  • 1 1/2@2 sudu kecil tepung gandum | bancuh dengan sedikit air
  • 1/4 sudu kecil serbuk oregano (Oregano Whole)
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam (saya lupa nak bubuh pulak)

Nota: Tak perlu bubuh garam, dah cukup rasa sebab guna kiub ayam knorr.

Cara-cara Membuat:

  • Panaskan mentega dan tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan susu segar dan kiub ayam knorr. Renehkan sambil dikacau dengan hand whisk.
  • Setelah mendidih masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata,barulah bubuh serbuk oregano dan serbuk lada hitam.
  • Matikan api.

Sajian Tambahan:

  • Brokoli / dikukus
  • biji kacang kedelai merah
  • Hirisan lemon

Berdasarkan penelitian, ikan dory mempunyai kandungan omega 3, yodium, zat besi, magnesium, taurin, selenium, flourida, DHA, EPA dan sebagainya). Bagi penderita tekanan darah tinggi, kandungan DHA & EPA dalam ikan boleh membantu menurunkan tekanan darah. Selain itu daripada itu, ikan ini juga mengandung anti oksidan yang melindungi lemak tak tepu dari oksidasi sebelum dan sesudah pencernaan. Kandungan protein, vitamin, mineral & asid lemak omega 3 mempunyai kesan yang baik untuk mata, jantung, pencernaan, otot, dan meningkatkan kecerdasan anak.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi Ikan Dori Grill & Sos Garlic ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Ikan Siakap Bersos Mangga yang Mudah dan Sedap Sangat

Ikan Dori Grill & Sos Garlic Paling Lazat yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *