Assalamu’alaikum…

Ikan Cencaru Masak Taucu Paling Sedap – Emmm… lama betul tak update entri. Sibuk memanjang jer kononnya, but memang sibuk lately. Lama dah saya masak menu ni, baru kini berkesempatan nak share, ada banyak lagi tu foto-foto dalam koleksi. Bila lapang sikit nanti saya masukkan ye. Ikan cencaru ialah antara ikan yang saya selalu beli dan masak. Bakar lah, masak masam manis lah, masak sambal lah, gulai dan lain-lain lagi. Tapi kali ni saya masak tauchu versi saya lah ye.

Resepi yang simple je masak untuk anak-anak semenjak dua menjak ni. Entah kenapa budak-budak ni suka pulak kalau saya buat masak taucu ni. Selalunya kuah pasti habis yang tinggal ikan tergolek-golek. Mungkin sebab sebelum ni saya selalu masak tauchu dengan sayur, means buat sayur goreng bertaucu. Budak-budak tak makan sayur sangat, so bila saya buat ikan masak taucu baru dorang tau sedapnya rasa taucu ni.

Selalu saya guna taucu yang dibeli timbang di kampung sebab lebih sedap pada tekak saya lah. Kalau masak taucu ni mak selalu guna ikan yang ‘tawar’ cam cencaru atau selar tapi nak guna ikan lain pun boleh. Resepi sangat mudah. Boleh tokok tambah ikut selera sendiri. Ini pun main campak-campak je. Yang penting anak-anak makan berselera. Ialah air tangan mak kan! buat masak bodoh-bodoh pun semua sedap!

Waah… betul betul sedap lah isi ikan cencaru ni, tak tipu nyer… memang sedap sangat-sangat. Haaa.. macam tu sekali tulis sedap, maknanya betul-betul sedap lah tu. Kalau ikan cencaru kecik yang biasa kita beli selebar 3 jari tu pun, dah sedap isinya kan? Putih dan manis jer terutama kalau yang segar. Apalagi yang besar, lembut sangat isinya. Pendek kata masak apa pun sedap kalau ikan yang jenis sedap macam ni. Nanti nak kena cari lagi nih.

Read More:

Bahan-bahannya:

  • Seekor ikan cencaru yang sederhana besarnya (digoreng setengah masak)
  • 2 sudu taucu (bunda guna yang dalam botol)
  • 2 biji cili hijau (belah 2 tak putus)
  • 2 biji cili merah (belah 2 tak putus)
  • 1 biji bawang besar (di potong 4)
  • 2 ulas bawang kecil (hiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 3 potong halia (dihiris memanjang)
  • Semangkuk/secukupnya air asam jawa untuk kuah
  • Sedikit minyak masak
  • Perasa

Cara-caranya:

  • Tumis bawang kecil, bawang putih dan halia hingga agak layu.
  • Masukkan taucu di kacau hingga wangi.
  • Masukkan air asam jawa secukupnya setelah melegak masukkan cili-cili potong dan bawang besar.
  • Masukkan sedikit garam dan perasa (pastikan garam jangan lebih sebab taucu dah masin)
  • Akhir sekali masukkan ikan dan biar kan mendidih dan masak…tutup api.. SIAP.

Dah tak sabar nak makan ngan nasi panas-panas!!! Ini pun dok telan air liur sambil snap gambar. Gini lah adat blogger masakan. Dah siap masak, ambik gambar dulu sambil tenung lelama kat lauk. Dah settel siap semua baru lah merasai sendiri kenikmatan kesedapan air tangan sendiri. heheee…

Selamat mencuba ya… 🙂

Read More: Resepi Ikan Cencaru Bakar yang Mudah dan Lazat

Ikan Cencaru Masak Taucu Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *