Assalamu’alaikum…

Bagi setengah orang yang hari hari memasak pagi dan petang, resepi mudah macam ni dah tak payah nak fikir fikir lagi. Tangan secara automatik mengambil itu dan ini, menghiris itu dan ini. Tapi bagi orang yang sekali sekala memasak, ada yang kena buat rujukan. Bukan tak tahu memasak tetapi bagi tujuan innovasi kot ada cara lain atau bahan lain bagi menjadikan masakan lebih sedap dari kebiasaan yang dibuat. Dengan kata lain, macam saya lah. Haaa… gitu lah kira kiranya yang menyebabkan saya kongsikan juga Ikan Cencaru Masak Kicap Pedas. Lebih lebih lagi untuk rujukan anak-anak saya di masa masa hadapan.

Sementara masih di mood raya ni dan saya pulak masih berpuasa enam, jadi saya sediakan menu ringkas untuk hidangan keluarga. Mereka pun mesti nak merasa hidangan nasi kerana setelah berhari hari dijamu dengan kuih muih raya jer. Maka hidangan saya hari ini ialah Ikan Masak Kicap Pedas. Selepas menghantar saya ke pejabat, pagi pagi lagi hubby ke Pasar mencari sotong bertelur untuk dibuat ketupat sotong dan juga ikan segar untuk dimasak hari ini.

Masakan yang simple lagi ni, masakan simple itulah yang tetap sedap ditekak ini. Hari ini saya nak kongsi pula dengan resepi simple ikan cencaru masak kicap pedas. Pada sesiapa yang bekerja masakan simple dan mudah tu lah resepi yang paling senang dan mudah untuk dimasak. Jom kita tengok ke bawah yer…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Ikan cencaru size sederhana dibersihkan dan dikerat 3
  • Bawang merah – 9 ulas
  • Bawang putih – 5 ulas
  • Cili Padi – 20 bijik (kalau nak lagi pedas tahap buasir bunga kelopak lapan boleh letak 30 bijik)
  • Kunyit hidup – 1 inchi
  • Ketumbar – 1 sudu besar
  • Jintan Manis – 1 sudu besar
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Tomato – sebijik sedang
  • Bawang besar – dihiris bentuk bintang. Eh silap. bentuk bulan sabit
  • Minyak untuk menggoreng
  • Daun Ketumbar – Untuk hiasan dan rasa jugak

Cara Membuatnya:

  • Memula panaskan minyak dalam lima sudu. Tumiskan bahan yang ditumbuk dengan kuasa kuda tadi tu bersama dengan kulit kayu manis and bunga lawang.
  • Bila dah pecah minyak (agak-agak jer la) baru masukkan tomato. Masak la lebih kurang dalam 2-3 minit sampai tomato tu hancur. So takyah dah la letak air asam jawa. Kata la kalau tadek tomato tetiba dekat pasar, jangan nanges. Boleh guna air asam jawa ok? Pon boleh. Tadek hal.
  • Lepas tu masukkan la Kicap Lemak Manis Tirana. Sehitam mana, sepekat mana kuah yang korang nak. At this point, boleh masukkan air sikit. Ikut la nak berkuah atau tak. I suka yang kering-kering jer.
  • Takyah masukkan gula/garam dah pon. Sebab kicap lemak manis ni dah secukup rasa sedap dia. Memang purfect! Kepada yang suka, boleh letak perasa. Kalau taknak, tadek hal. Tadek sapa marah. Kheeeen???
  • Masukkan ikan, bawang besar hiris bentuk bulan sabit tu and 2-3 tangkai daun ketumbar. Bila semua mesra baru la angkat. Letak daun ketumbar ni makan bertambah-tambah-tambah la sedap.
  • Sedia dihidang! Untuk effect poyo letak la jugak segerombolan daun ketumbar atas dia.
  • Makan dengan nasik panas-panas, takyah lauk lain dah bak ang. Ni jer dah sedap.

Untuk ikan, boleh guna apa sahaja jenis ikan yang kita suka. Antaranya, ikan kembung, ikan selar, ikan jaket dan ikan bawal. Ikan Cencaru Masak Kicap Pedas ni lah antara menu feveret time sekolah dulu selain asam pedas. Ini resepi my kakak sebenarnya. Disebabkan dulu suka sangat makan lauk ni, sekarang ni kerap masak lauk ni pula lah. Selamat mencuba… 😉

Read More: Cara Masak Lemak Ikan Keli Salai Paling Mudah

Ikan Cencaru Masak Kicap Pedas yang Patut Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *