Assalamu’alaikum…

Ikan Belanak Masak Asam Pedas Paling Sedap – Salam petang semua, huhu, sibuk sikit lahh, tu pasal tak sempat nak up entry. Tak pe, petang ni saya letak entry ye, tapi yang biasa-biasa saja lah. Anda tau ikan belanak? Sejenis ikan laut yang sering main di pinggir pantai, terutama bila air pasang atau nak naik, ia akan melompat-lompat di gigi air. Ikan nya bersisik, isi nya sedap sangat dan lemak.

Musim musim banjir, memang banyak ikan belanak yang dijala di laut dan muara muara sungai di sekitar pantai Bachok. Saya sebenarnya dah lama tak makan ikan belanak kerana sebab-sebab tertentu. Namun hari ini, semasa berada di rumah kakak, penjual ikan masuk ke laman rumah membawa ikan belanak yang segar-segar. Jadi kakak telah membeli ikan belanak untuk dimasak asam pedas.

Kandungan ikan belanak:

  1. Air (75,96-76,70%)
  2. Protein (17,64-19,57%)
  3. Lemak (2,83-3,33%)
  4. Asam lemak (2,83-3,33%)
  5. Asam lemak bebas (1,43-1,47%)
  6. Abu (1,14-2,94%) dan
  7. Karbohidrat (0,29-49%)

Untuk sedikit kelainan, bolehlah kita mencuba masakan ini. Sedap dimakan bersama nasi panas, serius waa… cakap nih sedapp. Jom kita tengok resepinya di bawah, jom layan.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan :

  • Ikan belanak (5 ekor)
  • 5 biji bendi
  • 5 biji cili api
  • Sebatang cili besar merah
  • Seulas bawang merah kecil
  • Seulas bawang putih
  • 1/2 ini belacan
  • Ikan bilis (agak-agakla buat perencah)
  • 2 tangkai daun kesum
  • garam secukup rasa
  • sekeping asam keping
  • 2-3 cawan air / secukupnya

Cara memasak :

  • Tumbukkan bawang, cili dan belacan.
  • Panaskan air dalam periuk dan masukkan bahan tumbuk tadi .
  • Bila mendidih masukkan ikan belanak dan daun kesum.
  • Masukkan asam keping, bendi yang di potong dan garam.
  • Bila dah mendidih dan rasanya sebati boleh diangkat.
  • Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Berikut adalah manfaat yang boleh diperolehi dari ikan belanak, antaranya seperti berikut:

  1. Sebagai hidangan sampingan yang berkhasiat
    Ikan belanak boleh berkhidmat sebagai hidangan sampingan dengan lazat berkhasiat. Kandungan nutrien dalam ikan belanak boleh jadi sangat berguna untuk badan untuk menyokong keperluan pemakanan harian. Di samping itu, ramai daripada ikan belanak ini juga boleh meningkatkan selera anda.
  2. Sumber kuasa
    Kandungan karbohidrat mullet tersebut boleh digunakan sebagai sumber tenaga yang boleh memenuhi keperluan nutrien harian badan. Karbohidrat juga mempunyai peranan yang penting dalam proses metabolisma di dalam badan. Selain daripada karbohidrat, protein dan lemak ikan belanak boleh juga bertindak sebagai sumber tenaga yang diperlukan oleh badan.
  3. Mengekalkan kulit yang sihat dan rambut
    Kandungan asid lemak dalam ikan belanak adalah sangat baik untuk mengekalkan kulit yang sihat dan rambut. Salah seorang daripada mereka adalah bukan untuk pastikan kulit sentiasa kering dan kupasan.
  4. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka
    Ikan belanak mempunyai kandungan protein yang membantu untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Ini adalah kerana protein boleh memainkan peranan dalam regerenerasi sel-sel di dalam badan.

Saya harap, apa yang telah dikongsikan dapat bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba resepi ni, dan semoga berjaya.

Read More: Singgang Pedas Ikan Darat dan Kebaikannya Bagi Tubuh

Ikan Belanak Masak Asam Pedas dan Beberapa Faedah untuk Tubuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *