Assalamu’alaikum…

Ikan Bawal Tiga Rasa Kegemaran Keluarga yang Sedap Sangat – Bab membeli segala lauk basah dan sayur semua en. husband yang buat. Jarang sangat saya ikut serta membeli kecuali di hari minggu. Itupun kadang-kadang tak pegi pasar pun disebabkan masih ada stok lauk dalam freezer. Nak pula waktu dia kerja shift malam, banyaklah masa dia pegi ronda-ronda ke pasar melilau-lilau lauk basah mana-mana yang berkenan di hati. Bukan apa, leceh kalau pegi hari minggu anak-anak semua nak ikut. Pasar basah tu tempatnya licin. Tak sesuai bawak budak-budak.

Bila dia kerja siang pulak, balik dari kerja kul 8 malam tu dia suka beli lauk basah dekat pasaraya berhampiran tempat kerja dia. Wife dia ni tukang masak je. Kadang tak tau pun dia beli lauk apa, tau-tau balik kerja sampai rumah nak kena fikir nak masak apa. hehehe… Bukan takde call dia,cuma kadang tu tak mau ganggu takut-takut dia sedang tidor kat rumah tu. Maklumlah orang kerja malam, siang kena tidor. hehehe… Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Baru ni terkejut tengok ikan bawal yang dia beli ni. Besar betul! Panjang melebihi 12 inci, sampai tak muat pinggan bujur ku yang paling besar tu.. terjulur ekor dan kepalanya. Masa menggoreng pun terpaksa bawak keluar kuali saiz giant yang ada kat rumah tu. Kuali tu biasa saya guna bila nak masak dalam kuantiti yang banyak je. Kalau guna kuali harian yang ada, nanti tak muat pulak. Bahaya letak minyak banyak-banyak dalam kuali yang tak cukup besar. Bayangkan nak menggoreng ikan yang saiznya melebihi 12″! Nak membalikkannya tu yang bahaya.

Hmm… kompius jap nak masak apa dengan ikan tu. Bila cek apa bahan yang ada dalam peti sejuk.. ok.. kita masak 3 rasa jelah. Makan nasi malam tu memang tak bertambah sebab kami kekenyangan meratah lauk je. Sayur lagi kan. Kalau tambah nasi memang tak habis la jawapnya ikan ni. Puas kami anak beranak meratah. Alhamdulillah rezeki… Jom kita tengok resepi.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal hitam (digoreng hingga masak)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut
  • 10 biji cili padi (dihiris)
  • Sos cili secukupnya
  • Sos plum @ sos tomato
  • Sedikit sos ikan
  • 1 sb sos tiram
  • 2-3 sb sos cili thai
  • Sedikit bancuhan tepung jagung
  • Hirisan nanas, epal, tomato, timun, cili benggala dsb.

Cara-cara Membuat:

  • Panaskan minyak. Tumis bawang besar, serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut dan halia hingga wangi.
  • Kemudian masukkan sedikit air dan semua bahan sos secukupnya. Boleh tambah garam dan gula jika suka.
  • Seterusnya, masukkan tomato, nanas, timun, epal dan cili benggala. Kacau seketika.
  • Kemudian, tuangkan sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tak letak pun tak mengapa.
  • Setelah masak, angkat dan tuangkan kuah tadi ke atas ikan yang sudah digoreng.
  • Kemudian hidangkan bersama nasi panas-panas.

Sedap dan mudah sahaja kan resepi Ikan Bawal Tiga Rasa ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu di luar sana. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Terubuk Goreng Rangup yang Sedap Sangat

Incoming search terms:

Ikan Bawal Tiga Rasa Kegemaran Keluarga yang Sedap Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *