Assalamu’alaikum…

Selamat malam buat teman-teman di luar sana. Menu berasaskan ikan bawal ni memang menjadi kegemaran anak-anak saya. Kali ni saya kongsikan resepi Ikan Bawal Masak Sos. Simple je, coz cekup-cekup bahan yang ada je. Tapi memang sedap la walaupun tak banyak ‘aksesori’ nya.

Saya mahu mencurahkan sikit apa isi hati boleh tak?… Entah kenapa kebelakangan ini, saya selalu dalam keletihan. Kadang kadang saya terlena di dalam kuliah zohor sehingga terpaksa dikejutkan oleh rakan rakan. Saya ada mengambil vitamin dan supplemen tapi badan masih tetap lesu. Sebelum tidur, saya akan membaca buku buku tapi selepas habis satu muka, saya dah pun rasa mengantuk. Apa yang saya perhatikan adalah pergerakan masa yang terasa sangat pantas. Kalau dulu, selepas balik dari pejabat, saya masih punya waktu untuk melakukan pelbagai aktiviti termasuklah memasak. Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Mengikut apa yang saya baca dan dengar dalam youtube Ustaz Fawwaz bahawa salah satu tanda dunia akhir zaman ialah bila mana masa terasa sangat singkat. Manakala tanda sebelum matahari naik di sebelah Barat ialah berlaku malam yang panjang, iaitu kira kira 2 hingga 3 hari panjangnya. Jadi jika ada tanda ini, mulailah bertaubat atau memperbaharui taubat sebelum pintu taubat ditutup.

Itulah pentingnya untuk kita mempunyai ilmu supaya kita tahu apa yang perlu dilakukan. Contohnya kita perlu tahu berkenaan fitnah dajjal, macam mana mahu kenal dajjal dan apa yang perlu dibuat bila berhadapan dengan dajjal. Rasulullah telah mengajar semuanya ini. Sama samalah kita persiapkan diri kita dengan memperbanyakkan menuntut ilmu dengan menghadiri majlis-majlis ilmu yang merupakan taman taman syurga. Jika taman syurga di dunia, tidak kita mahu kunjungi. Apakah kita layak untuk menghuni syurga yang sebenarnya?

Jom layan resepi Ikan Bawal Masak Sos yang saya sediakan hari ini. Resepi seperti ini, boleh jer dibuat ikut citarasa sendiri atau mengikut bahan-bahan yang ada dalam peti ais di rumah masing masing. Jom layaan…

Resepi Masakan Ikan lainnya:

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan bawal hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 biji buah tomato – dibelah 8
  • 100ml air
  • Daun salad (untuk hiasan)
  • Gula pasir secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam halus
  • Garam kasar (untuk cuci ikan)

Bahan Untuk Menumis (ditumbuk bersama):

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawan merah

Cara Membuat:

  • Ikan bawal dibersihkan. Lumurkan dengan garam besar dan dibilas bagi menghilangkan bau hanyir. Toskan.
  • Ikan bawal dilumurkan dengan garam dan kunyit. Biarkan seketika.
  • Goreng ikan dalam minyak penuh hingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali lain. Masukkan bahan untuk menumis. Tumis hingga garing & naik bau.
  • Masukkan cili kisar. Masak sementara. Masukkan sedikit air.
  • Masukkan sos cili dan sos tomato.
  • Masukkan ikan bawal yang telah digoreng. Ratakan kuah (sos) pada ikan. Biarkan sementara.
  • Kemudian masukan buah tomato. Siap masak, tutup api.
  • Dalam pinggan untuk hidang, susun daun salad mengililingi pinggan. Kemudian letakkan ikan bawal bersama sos.
  • Siap untuk dihidang…

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan juga pada rakan-rakan diluar sana…

Read More: Resepi Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol Sedap yang Istimewa

Ikan Bawal Masak Sos Mudah dan Simple Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *