Assalamu’alaikum….

Gulai Kuning Ikan Tongkol Sedap Versi Kelantan Maaf sangat2 sebab tak dapat nak bawa ke semua blog lain. Kesibukan yang melanda seminggu dua ni memang agak membataskan…Insyaallah malam ni saya akan cuba juga melawat blog kawan-kawan yang lain ye. Minggu lepas dah buat nasi kerabu. Kemudian petangnya tu kami buat lagi gulai ikan ni. Kalau di negeri Kelantan, memang terkenal dengan sarapan nasi berlauk. Jadinya, sepanjang umur hidup kat atas dunia ni belum pernah saya nak belajar cara-cara membuat nasi berlauk tu. Kalau rasa nak makan, beli aje kat gerai pagi-pagi tu….

Jadinya, resepi ni saya buat berdasarkan apa yang mak cakap melalui telefon jela. Kebetulan masa tu mak sibuk bergosip dengan jiran sebelah rumah. Apabila saya dah habis bercakap, belum sempat lagi kita end call, dia terus bagitahu jiran tu yang saya baru nak belajar buat gulai ni. Aishhhh! Tensen betol! Sempat lagi dia bergosip pasal kita. Oklah, saya tak pastilah resepi ni ada persamaan dengan orang lain ke, sebab kebanyakannya ramai yang dah pandai buat ni. Mungkin resepi ni boleh membantu kawan2 lain yang baru nak belajar masak macam saya ni.

Baca Juga: 

Bahan Rebus:

  • 1 ekor ikan tongkol ~ di bersihkan dan dan di potong
  • 3 ulas bawang puti ~ di hiris
  • 3 keping asam keping atau asam gelugur
  • 1 inc lengkuas ~ di hiris
  • 1 batang serai ~ di ketuk
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Satukan semua bahan dalam periuk dan rebus hingga ikan empuk.
Sejukkan setelah masak dan simpan semalaman dalam peti ais hingga kuah meresap dalam isi ikan.

Bahan Kuah:

  • Ikan tongkol yang telah di rebus
  • Air rebusan ikan tongkol secukupnya ~ tapis ambil air sahaja
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 keping asam gelugur atau asam keping
  • 1 batang timun ~ potong wages
  • Kacang panjang ~ di potong 2 inc ( ita tak letak )
  • Lada hijau ~ untuk hiasan

Bahan Kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inc halia
  • 1 inc kunyit

Cara-cara:

  • Satukan bahan kisar, air rebusan ikan, santan pekat, asam keping, timun dan kacang panjang dalam periuk dan masak hingga kuah mendidih. Guna api yang kecil sambil senantiasa di kacau supaya santan tak pecah
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  • Akhir sekali masukkan ikan tongkol dan lada hijau
  • Renihkan sebentar
  • Bila dah masak hidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan

Nota tambahan:

  • Lada kering ke cili kering terpulang pada kampung masing3.
  • kampung aku panggil lada@lado kering.
  • Cili/lada tu memang xpayah hiris. terus letak ja.
  • Nak lagi sedap, makan kena ada sambal lada. so rajin3 buat.
  • Guna cili/lada ni dengan jumlah ganjil. sebab nanti kepedasan dia lagi terasa. petua. haha
  • Xsempat snap gambar sebab xsabar nak ngap!! gugel sendiri rupa cane..

Selamat mencuba, semoga berjaya…

Read More: Resepi Sup Ikan Patin adalah Mudah dan Praktikal

Gulai Kuning Ikan Tongkol Sedap Versi Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *