Assalamu’alaikum…

Ikan masin memang dapat menaikkan selera makan, inikan pula jika dimasak bersama nenas yang rasanya masam-masam manis. Bagi yang mahu memastikan yang tersayang makan dengan berselera, apa lagi, cubalah resepi ringkat yang disediakan ini. Sejak semalam lagi nak post tapi line buat hal, Gulai Ikan Cencaru Masin dan Nenas ini dah lama buat. Ikan kering cencaru yang mak saya buat, biasanya kalau mak saya buat ikan masin ini sedap guna ikan cencaru. Isi dia sedap, lately kalau beli ikan cencaru mesti mak terlintas nak buat ikan kering macam ini. Sebab laku kat rumah ini hehehe…

Tapi yang lecehnya bila bab nak jemur tu ataupun biasanya orang guna ikan kering tamban tu entah apa nama lain bagi ikan tamban tu. Biasanya ikan kering cencaru, ikan kering tamban dan satu lagi ikan kering apa dah tak ingat dia tak ada sisik, yang ikan lain tak tahu la. Yang ini pun memang salah satu favorite. Bila dah lama tak makan mulalah teringat akan menu ini. Kalau guna ikan kering cencaru ini, berhati-hati bila nak makan sebab sisik kecil dia tu mudah tertanggal. Kalau tak tercekik la nanti. huhuhu…

Artikel Lainnya: 

Bahan-bahan:

  • Ikan masin (ikan cencaru) – terbang khas dari Kelantan hehehe 😛
  • 1/2 biji nenas (potong kecil)
  • 2-3 cm lengkuas*
  • 1 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun ok)*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 cawan air
  • 200 ml santan

NOTE:

  1. Jika terasa ingin kuah banyak sikit sila tambah santan. Tapi jangan tambah banyak sangat bergantung kepada bahan kisar tu takut terlebih cair pulak.
  2. Jika ikan kering tu sudah masin, tak payah tambah garam tak apa sebab bila lama sikit masin dari ikan kering tu turun.
  3. Saya guna ikan cencaru tu besar sebab itulah 2 1/2 ekor je guna takut bagi orang lain nampak sikit.

Cara-cara Membuat:

  • Ikan masin boleh rendam air 10-15 miinit (untuk kurangkan masin)
  • Blend semua bahan yang bertanda *
  • Masukkan kedalam periuk. Isikan dengan air dan santan
  • Kacau-kacau di atas api sederhan sehingga mendidih
  • Masukkan ikan dan nenas
  • Kacau-kacau sehingga masak (garam takletak sebab ikan dah masin)

 

Faedah Nenas adalah:

  1. Membantu untuk menurunkan berat badan. Memakan Nenas boleh mengurangkan keinginan gula-gula. Menambah Nanas dalam makanan harian juga membantu penurunan berat badan kerana kepuasan rasa nenas tanpa menambah satu auns lemak plumbum.
  2. Menyihatkan mata. Hasil kajian menunjukkan amalan memakan Nenas berkaitan masalah melindungi penuaan mata bukannya kerana ianya kaya dengan anti oksida.
  3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nenas adalah kaya dengan vitamin C yang baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel manusia yang berkeupayaan. Banyak radikal bebas dalam badan yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti kardiovaskular, diabetes dan bisul. Amalan memakan Nenas juga adalah berkesan untuk mengelakkan selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.
  4. Nenas kaya serat yang sangat seronok untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah usus yang tidak kerap.
  5. Mengandungi enzim untuk merender kulit lebih lembap, anjal dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak itu Nanas yang berlebihan. Enzim di dalam nenas juga membantu melawan radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda garis penuaan dan halus.

Memasak dengan penuh kasih sayang buat yang tersayang dan tercinta. Selamat mencuba dan memasak.

Read More: Ketupat Sotong Terengganu Paling Mudah dan Sedap

Gulai Ikan Cencaru Masin dan Nenas Bersama Faedahnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *