Assalamu’alaikum…

Selepas melihat Sotong Sumbat Kuah yang ditayang sahabat saya di facebook, saya menjadi sangat teringin untuk menikmati sambal sotong yang dimasak sekor-sekor. Lagi pulak, sotongnya dipenuhi telur menjadikan saya sangat sangat tak boleh tahan. Terus menghantar BBM kat hubby.

Rahsia untuk membuat sambal tumis yang sedap ialah dengan menumis bahan tumisan dengan api perlahan sehingga cili betul betul masak dan garing. Selain itu, menggunakan bawang merah yang banyak. Manakala untuk menjadikan warna sambal yang cantik ialah dengan memasukkan gula terlebih dahulu, sebaik bahan tumis garing.

Itulah tips yang saya belajar dari kawan kawan. Kalau untuk sotong, sambal kena kering dulu, sebelum dimasukkan sotong yang telah ditos bagi mengelakkan sambal berkuah dengan air sotong. Memang sangat sedap lebih lebih lagi sotong yang diguna adalah sotong yang masih segar. Jom tengok cara membuat bawah ni.

Artikel Lainnya:

Bahan sotong:

  • 2 ekor sotong -saiz besar senang sumbat
  • 2 biji kentang -saiz kecil dipotong nipis
  • 2 biji telur
  • 1/2 biji bawang besar -dihiris
  • 1 ulas bawang putih -dicincang
  • 2 tangkai kacang buncis -dihiris
  • 1 inci lobak merah -disagat
  • Lada sulah
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Minyak masak

Bahan kuah:

  • 1 biji bawang besar -dihiris
  • 2 ulas bawang putih -dihiris
  • 1 sdb udang kering -dicincang
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sdb cili kisar (semak resepi cili kisar saya yer)
  • 1 sdb serbuk kari ikan
  • 1/2 sdt pes asam jawa extra
  • 1/2 sdb kicap pekat
  • 1 sdb kicap manis
  • 1 sdb sos tiram
  • Sedikit air
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak

Cara sotong:

  • Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  • Masukkan kacang buncis dan lobak merah. Gaul sebentar.
  • Pecahkan telur, masukkan secubit lada sulah dan secubit garam. Secubit yer, bukan sejemput tau. Gaul rata sampai telur sedikit berketul. Ala…macam buat scrambled egg tu.
  • Angkat scrambled egg dan sebelahkan.
  • Panaskan 5 sudu minyak masak. Goreng kentang hingga kuning kecoklatan. Angkat dan tumbuk sehingga hancur.
  • Kemudian kentang yang telah ditumbuk digaul dengan scrambled egg tadi. Ketepikan dulu sebab nanti nak sumbat dalam sotong.
  • Lumur sotong dengan serbuk kunyit dan secubit garam. Dalam minyak yang sama, goreng seketika sotong sehingga ia membulat atau separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Sumbat campuran telur dan kentang ke dalam sotong. Sematkan hujungnya dengan lidi.
  • Jangan sumbat terlalu padat sebab bila masak dengan kuah nanti melimpah pulak isinya.
  • Setelah siap sumbat, ketepikan dulu.

Cara kuah:

  • Guna baki minyak yang sama, kita akan masak kuah untuk sotong sumbat pula.
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, udang kering dan daun kari sehingga layu sedikit.
  • Masukkan cili kisar dan serbuk kari. Tumis hingga terbit minyak.
  • Masukkan pes asam jawa extra dan sedikit air. Kacau.
  • Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu kering. Kacau. Perisakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan sotong dan masak bersama kuah. Saya tutup kuali dengan penutup periuk sebentar untuk cepatkan sotong masak.
  • Setelah kuah sedikit pekat dan sotong cukup masak, boleh tutup api dan hidangkan sotong sumbat.

Kebaikan sotong untuk kesihatan:

Sotong 3 auns yang dimasak setiap hidangan mengandungi kalori 134 28 gram protein, karbohidrat 1 gram, 1 gram lemak. Walaupun agak rendah bahagian lemak, lemak dalamnya adalah terdiri daripada asid lemak omega 3, asid eicosapentaenoc DHA atau asid 11 peratus atau 24.5 peratus EPA dan decosahexaenoic. Lemak Omega 3 ini boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan meningkatkan tahap triglycerides dan dikurangkan risiko darah kaunseling pesakit, menyumbat arteri, aritmia dan tekanan darah tinggi.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 🙂

Read More: Cara Membuat Ikan Siakap Stim Lemon

Cara Membuat Sotong Sumbat Kuah Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *