Assalamu’alaikum…

Hai korang… Throwback menu Sotong Bakar semalam. Actually dah lama kot nak buat Sotong Bakar ni, cuma payah nak jumpa sotong segar ni hah.. Tapi bila ada group facebook yang jual sotong segar ni, terus aku order dengan dia. Sekarang ni nak dapatkan apa je mudah tau. Nak beli barangan basah pun boleh main order je. Siap hantar depan pintu rumah lagi. Sediakan jelah duit dan upah delivery. Sama je macam korang beli kat pasar.

Sebelum tu jugak korang kenalah survey kan barangan yang dijual tu bagus ke tidak. Segar ke tidak, semua kena ambil tahu tau. Maklumlah, taknak nanti bila dah terima barang, banyak pulak komplen. Tak segar la,busuk la, mahal lah..hahaha..macam-macam.. So bila dah dapat sotong segar ni rasa puas hati, rasa nak masak semua je sotong tu. Makan sotong jelah satu hari tu kan. hehehe.. Lebih kita simpanlah, buat masak esok. Menu untuk esok apa pulak ye? hehehe.. tungggu jelah ye. Tak taulah lagi nak masak apa. Kita share resepi mudah dan cepat ni je hah. Kotlah tak tau nak masak apa hari ni, kita masak jelah kan lauk ni hah.. Ada gak menu berlainan setiap hari. Sila lawati juga channel youtube kami klik di SINI.

So,plan nak buat Sotong Bakar tercapai hendaknya. Senang je nak buat sotong bakar ni kalau korang nak tahu. Hah…Meh la ikut cara aku macam mana nak buat sotong bakar yang sedap ni. Kalau kat kedai yang dah siap mahal kan, tapi bila buat kat rumah, dapat makan banyak dan puas hati. Tu yang penting. Jom layan resepi…

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Sambal

Bahan-bahan:

  • 1-2 helai daun kunyit*
  • 3 batang serai*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • Udang kering @ geragau* (*dikisar bersama)
  • 20-25 biji lada kering – dikisar berasingan
  • Asam Jawa
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara Membuat:

  • Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
  • Masukkan pula cili yang telah dikisar dan tumis sehingga terbit minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
  • Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan tunggu sehingga masak.
  • Setelah masak bahagikan sambal kepada 2 bahagian.

Cara Membakar Sotong

Bahan-bahan:

  • Daun pisang
  • Aluminium foil

Cara Membuat:

  • Ambil separuh sambal yang telah diasingkan tadi. Sediakan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu.
  • Sediakan aluminium foil dan daun pisang untuk membalut ikan.
  • Letakkan ikan di atas daun pisang dan siramkan sambal tadi di atas sotong yang hendak dibakar dan balutkan dengan aluminium foil.
  • Kemudian letak di dalam kuali leper tadi.
  • Bakar dengan api perlahan sehingga masak.
  • Alihkan sotong bakar tadi ke atas pinggan hidangan, kemudian tuang baki sambal tadi ke atas sotong yang telah dibakar.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah hidangan masakan anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat.

Read More: Resepi Telur Ikan Masak Lemak Cili Api yang Mudah dan Paling Sedap

Incoming search terms:

Cara Membuat Sotong Bakar Paling Mudah dan Simple Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *