Assalamu’alaikum…

Sambal Sotong Kembang Berkacang – Saya memang selalu masak sambal ni untuk dipadankan bersama kuah lodeh kerana rasa lemak dari kacang tu menambah lagi kesedapan hidangan Lontong.

Sotong kembang selalunya ada dijual di pasar basah atau supermarket. Sotong ni berwarna coklat pudar dan tak perlu direndam lagi, cuma perlu direbus seketika sebelum dimasak sambal. Sambal ni sesuai juga dimakan bersama nasi lemak dan rasanya memang sangat sedap.

Cara memasak sambal pula lebih kurang macam “all in one method” kerana cili dikisar bersama bawang dan kemudian ditumis di dalam minyak yang secukupnya.

Saya suka sangat buat sambal macam ni. Biasanya tempe, ikan bilis dan kacang tanah yang jadi mangsa. Kali ni kita tukar selera pula, gunakan sotong kembang pulak. Sebenarnya sotong kembang ni lebihan ada tinggal banyak tu je dalam freezer. Tak tau nak masak apa sebab sikit sangat. Sebab tu dicampur dengan kacang tanah. Dah dimasak tu, aaiihh.. sedap pulak.. tambah-tambah ada kacang tanah goreng tu, memang feberet. ehehehe…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor sotong kembang saiz sederhana
  • 1 biji bawang besar didadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 inci halia, cincang haus
  • 3 camca besar sos tomato Jalen
  • 2 camca besar sos cili Jalen
  • 1 camca besar cili kisar
  • 2 1/2 camca besar kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk hancur
  • 1 cawan air
  • 1 1/2 camca besar gula atau secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan Kisar Halus:

  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji buah keras, hiris
  • 1 batang serai, hiris halus
  • 1/2 inci belacan, dibakar
  • 4 biji cili merah
  • 1/2 inci lengkuas

Cara Membuatnya:

  • Sotong dipotong pada saiz sederhana (tak perlu kecil sangat), kemudian rebus selama 2 minit dan toskan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum.
  • Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Guna api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan bahan-bahan kisar halus dan masak hingga garing, tambah sos cili dan sos tomato. Kacau dan masak sekejap.
  • Tuang air, kacau dan bila mendidih, masukkan kacang tanah, gula dan garam secukup rasa.
  • Masukkan sotong kembang dan gaul rata.
  • Masak dengan api kecil hingga kuah pekat dan sotong lembut.
  • Rasa dan jika OK boleh matikan api.
  • Hidangkan bersama nasi, ketupat atau roti. Kalau anda nak gantikan sotong dengan udang juga boleh.

Tips:

  1. Goreng kacang tanpa minyak (sangrai) agak mengambil masa yang panjang.
  2. Jika anda tidak mempunyai masa, terus goreng kacang tanah di dalam minyak panas, buang kulit dan kisar kasar.
  3. Hati-hati kerana kacang cepat hangus jika digoreng di dalam minyak panas.

Selamat mencuba… 😉

Read More: Resepi Sotong Bakar Berempah Paling Lazattt

Cara Membuat Sambal Sotong Kembang Berkacang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *