Assalamu’alaikum…

Selamat malam kepada rakan-rakan yang sedang membaca blog ini. Sejujurnya, saya tidak pernah mencuba Ketupat Sotong Ala Kelantan tetapi pernah makan daripada masakan ala negeri terengganu (berkuah putih) dan sudah tentulah saya tidak pandai memasak ia. Setelah merasai ketupat sotong ala kelantan ini, saya terus menyukainya berbanding dengan ketupat sotong berkuah putih.

Jadi, pada hari ini ibu mertua saya bersetuju untuk memasak ketupat sotong ini dan saya pula memerhatikan cara dia memasak. Nampak mudah sahaja dan terus terang saya katakan bahawa saya tidak pernah mencubanya lagi membuat sendiri. Ketika itu, saya hanya bantu mak mertua saya masukkan beras pulut ke dalam perut sotong sahaja, selanjutnya dia yang bereskan semuanya.

Melalui pengalaman saya sebelum ini, kebanyakkan masakan yang saya buat sendiri kadang-kala tidak sama rasanya seperti yang orang lain masak. Inilah menyebabkan saya teragak-agak untuk melakukan sendiri tanpa pengawasan orang lain. Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan bagaimana ibu mertua saya menyediakan ketupat ini. Catatan ini mungkin berguna juga kepada saya pada masa akan datang. Mungkin akan datang entah pada bila masa keadaan diri sudah bersedia, saya akan cuba resepi ini membuat sendiri.

Apa yang saya tahu ialah, ada persamaan pada masakan ala kelantan dan ala terengganu, iaitu cara penyediaannya. Kedua-duanya menggunakan santan, beras pulut dan sotong. Beras pulut yang dimasukkan ke dalam perut sotong itu hendaklah sebanyak 3/4 daripada isipadu badannya sahaja, tidak perlu isi penuh. Kemudian, kepala sotong yang mempunyai janggut yang panjang tidak perlu dipotong tetapi giginya yang perlu dibuang (bentuknya bulat di tengah-tengah dalam sesungut).

Apa yang perlu dibuat supaya sesungut itu tidak ‘messy’ ialah dengan memasukkan sesungut yang panjang terlebih dahulu ke dalam perut sotong, kemudian masukkan belakang kepalanya sehingga tidak nampak matanya dan seterusnya cucukkan dengan lidi pecungkil gigi di pangkal sesungutnya dan pastikan kepala sotong itu dicucuk dengan kemas. Sila berhati-hati ketika mencucuk lidi supaya tidak terkena pada mata sotong itu.

Okey, jom tengok resepi bawah ini step by step… 😉

Artikel Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • 1 – 2 kg sotong sederhana besar – Lagi bagus kalau sotong yang sedang bertelor.
  • Bersihkan sotong, keluarkan tulang belakangnya.
  • Cabut kepala sotong dan buang giginya. Sejatkan.
  • 1 cawan beras pulut 4 keping nise Sedikit gula (jika suka) – letak gula melaka
  • Sedikit garam 2 1/2 cawan santan pekat.
  • Daun pandan
  • Lidi/pencungkil gigi yang tajam hujungnya.

Cara-cara Membuat;

  • Basuh beras pulut. Rendamkan dengan 1/2 cawan santan tadi bersama-sama sedikit garam. Biarkan sebentar.
  • Ambil sotong, isikan dengan beras pulut yang direndam tadi (kalau boleh bersama-sama dengan santannya sekali). Isi 3/4 penuh yer…kalau penuh sangat ketupat akan jadi keras@ pulut separuh masak dan kurang sedap dimakan.
  • Tutup badan sotong dengan kepalanya dimasukkan balik ke dalam badan. Cucuk kepalanya dengan 2 batang lidi secara bersilang dengan kemas supaya ketupat tidak terburai semasa merebus nanti.
  • Susun daun pandan didalam periuk sebagai alas. Susun semua sotong dalam periuk dan masukkan santan yang 2 cawan tadi. (boleh tambah santan jika suka – letak santan hingga tenggelam sotong)
  • Tutup periuk dan rebus sotong.
  • Bila sotong hampir masak atau santan dah semakin kurang, masukkan gula nise atau gula melaka yang telah dipotong kecil dan gula.
  • Masak sehingga nise cair dan kuah jadi pekat. Dah siap.

Tips:

Mak mertua saya ialah pilih sotong yang bersaiz sederhana besar dan segar, jangan ambil yang kecil kerana apabila dimasak sotong itu akan mengecut dan jika sotong tidak segar badannya akan pecah akibat pengembangan pulut.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Ikan Cencaru Bakar Portugis Paling Sedaaappp…

 

Cara Membuat Ketupat Sotong Ala Kelantan yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *