Assalamu’alaikum…

Saya percaya, ramai yang suka makan ikan siakap ni kan? Kalau di kedai-kedai ikan bakar, ikan siakap adalah antara ikan yang paling popular dan menjadi pilihan ramai pengunjung. Okey, untuk entri kali ini saya ingin kongsikan satu resepi mudah untuk anda semua iaitu Cara Membuat Ikan Siakap Stim Lemon. Lemon atau limau pun boleh. Mana-mana pun tak kisah. Resepi ni meyihatkan tau. Jadi, siapa yang nak kuruskan badan tu boleh makan siakap stim lemon ni setiap hari. Hehehe

Ikan siakap memang sedap dimakan dan boleh dimasak dalam pelbagai resepi seperti 3 rasa, stim, masak merah dan lain-lain lagi. Cara untuk memasak resepi ini lebih kurang sama saja dengan resepi ikan stim yang lain, yang beza cuma menggunakan buah lemon.

Sedapnya… nengok gambar pun dah terliur kot. Inikan pulak kalau dah masak. huhuhu.. Tapi saya ni belum lagi la makan masak sendiri siakap stim ni. Enath bila la gamaknya nak masak benda ni, kurang makan ikan kami ni. Tapi kadang sebat jugak kalau makan kat luar sekali sekala boleh la kan, mahal kot. Baik buat sendiri, bahan pun mudah je. Jom tengok resepi bawah ni.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 1 batang serai dititik
  • Daun bawang
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 biji tomato, hiris nipis
  • 1 biji cili merah, hiris nipis

Bahan hiris halus:

  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah

Cara-cara penyediaan:

  • Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.
  • Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih.
  • Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan. Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.
  • Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.
  • Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon. Kukus kembali selama 5 minit.
  • Angkat dan hidangkan.

Faedah ikan siakap: Ikan siakap mempunyai nilai pemakanan yang tinggi, kerana ia mengandungi nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Protein yang tinggi ini juga sangat baik untuk kesihatan jika penggunaan secara tetap dan beberapa jenis ikan mengandungi Omega 3 yang baik untuk tinggi kecerdasan dan perkembangan otak. Jadi adalah disyorkan untuk diminum oleh kanak-kanak dalam tempoh pertumbuhan.

Mudah kan? Jadi, apa lagi selain masakan yang enak ia juga menyihatkan. Semoga apa yang telah dikongsikan dapat manfaat. Selamat mencuba… 🙂

Read More: Cara Masak Pais Ikan Kembong yang Mudah

Cara Membuat Ikan Siakap Stim Lemon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *