Assalamu’alaikum…

Hai, pagi semua .. Tengah buat apa tu ? Pikir menu makan keluarga nanti ke ? hihi… Hari ini saya nak share sedikit menu yang simple tapi sedap tau, boleh makan hingga tiga piring nasi nanti. haha… gurau je. Menu ne paling best untuk orang yang duduk rumah bertingkat-tingkat macam saya la. Kali ini saya nak kongsi Cara Membuat Ikan Cencaru Bakar Air Asam. Perghhh.. belum apa-apa dah terliur. Saya memang suka memasak, ikut mood juga rajin ke tak, hihihi…

Dehh… ayat skema betul, asyik tuu je, tak salam Isnin, jumpa lagi atau pun salam sejahtera. Apa-apa lah kan, janji kata-kata aluan tu ikhlas. Bila lepas-lepas raya ni, rasa-rasanya selera lebih kepada masakan-masakan yang ringkas dan cepat disediakan. Saya sendiri masak pun lebih kepada yang amat-amat ringkas dan mudah, macam siang tadi masak tumis air dan juga bakar ikan cencaru, makan dengan sambal asam + budu..hehehe, sesiapa tak makan budu, tak payah lah letak yeaa.

Kadang-kadang terfikir juga, letak entry semua yang pernah letak dulu, ada ke orang nak tengok, baca dan mencuba… hmm pada saya, untuk entry-entry di blog masak-masak. Malas nak tunggu kita buat sesuatu yang istimewa saja, baru nak masukkan kat blog, apa yang fikir patut dikongsi. Saya letak saja lahh, orang nak tengok atau tidak terpulang pada individu, mana boleh paksa-paksa orang masuk blog kita.

Bahan-bahan:

  • Beberapa ekor Ikan Cecaru – ikut suka korang nak bakar berapa banyak
  • Cuci bersih, pastu lumur dengan garam pink da sedikit serbuk kunyit.
  • Bajukan dengan daun pisang cantik-cantik. Pastu saya bakar dalam magic pan sehingga masak. Siap!
  • Kalau korang tak de magic pan, bakar aje atas dapur alas jaring ke, tutup periuk ke atau dalam oven.

Bahan-bahan Air Asam:

  • 1 cawan air asam jawa (pes asam jawa + air)
  • 2 biji bawang besar – potong dadu
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • 2 biji cili – hiris halus
  • Cili api – ikut suka banyak mana korang nak
  • 1 biji limau kasturi – perah ambik air nya aje
  • Beberapa titik sos ikan
  • Garam dan gula

Gaul rata satukan kesemuanya dan sedia dihidangkan bersama ikan bakor tadi. Pekana lak ngan nasi panas-panas! Selamat mencuba ye, semoga bermanfaat.

Read More: Cara Membuat Sotong Sumbat Kuah Sedap

Cara Membuat Ikan Cencaru Bakar Air Asam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *