Assalamu’alaikum…

Selamat petang, baru dapat OL ni, hadoii pesal ntah kerja macam banyak giler ni hari, tapi sebab cuaca hujan, mendung dan berangin, makan rasa bess jeee, walaupun masa agak ketat. Hari ni masak sesimple yang boleh, cepat dan tak banyak kerenah, yang biasa-biasa saja. Cara Membuat Ikan Bawal Masak Cuka amat ringkas dan mudah dan amat sedap dimakan bersama nasi panas.

Ikan dimasak cuka merupakan menu kegemaran saya walaupun simple je bahan-bahannya. Menu ni sedap jika menggunakan ikan yang mempunyai isi tebal ataupun spesis besar untuk kuah pulak. Terpulanglah pada citarasa masing-masing, mungkin ada yang gemarkan kuah yang agak banyak. Tetapi sesetengahnya gemarkan kuah yang agak kering.

Selain ikan bawal, ikan kembong, tengiri, ikan merah dan ikan selar besar pun sedap dimasak macam ni. Bila memasak ni apa yang utama, ada orang yang nak makan, kang kita masa canggih kan main, berhias macam nak rakk, siap ada bangunan seploh tingkat lagi kat masakan kita. Tapi sekadar mencuci mata…takda sapa nak dahh mebazir, penat satu hal, tapi tak laku. huhu.. sedih kan???…

Kadang-kadang bukan mudah kita nak menggayakan selera orang, sebab ada antara mereka dah terbiasa dengan satu-satu masakan tradisi dari bonda masing-masing. Dah jadi darah daging tu yang nak menerima pembaharuan mereka rasa aneh.. Okey jomm kita lihat resipi pulak.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • I ekor ikan bawal, saiz sederhana
  • 3 biji cili merah, dibelah dua
  • 1 biji bawang besar, dihiris bulat
  • 2 biji tomato, dihiris bulat
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun bawang, dihiris halus untuk hiasan

Bahan untuk dikisar:

  • 7-8 biji cili merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras

Cara-cara penyediaan:

  • Goreng ikan sehingga kekuningan dan masak. Angkat dan asingkan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan cuka, garam dan gula dan kacau seketika. Kemudian masukkan sedikit air.
  • Masukkan tomato, bawang besar dan cili yang telah dibelah. Kacau seketika hingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat.
  • Angkat dan tuangkan di atas ikan bawal yang digoreng tadi.
  • Hiaskan dengan sedikit hirisan daun bawang.

Manfaat dan kandungan nutrien dalam bawal:

Bawal adalah salah satu komoditi yang di gemari komuniti. Selain harga yang murah bawal mempunyai daging tebal dan rasa serta tulang sedikit. Di samping itu bawal mengandungi nutrien yang kaya dengan omega 3 dan omega 6 AA. Kandungan penting yang lain daripada bawal adalah vitamin. Iaitu vitamin A, vitamin B1 dan vitamin d. tapi Sayangnya kita boleh sahaja boleh menikmati yang lebih kurang 80% daripada semua nutrisi di bawal.

Tak mau kalah dengan jenis ikan lain mempunyai banyak manfaat. Bawal ini adalah kaya dengan pemakanan adalah juga sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan seperti: membantu kanak-kanak yang membesar tinggi, mengekalkan sistem imun, mencegah penuaan pramatang, boleh menghalang osteomalasia (sejenis penyakit yang sering menyerang orang-orang dewasa. Ini adalah kerana bukanlah biasanya fungsi rangkaian apabila tertakluk kepada proses pembentukan mineral tulang), kanak-kanak itu pertumbuhan otak, menghalang rakitis (penyakit pertumbuhan tulang kanak-kanak disebabkan oleh kekurangan vitamin D dan kalsium), menyelesaikan anemia.

Selamat mencuba… 🙂

Read More: Cara Masak Ikan Keli Sambal Merah

Cara Membuat Ikan Bawal Masak Cuka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *