Assalamu’alaikum…

Cara Memasak Kari Ikan Senangin – Petang ni nak share satu resepi kari ikan paling mudah, paling senang dan untuk mereka-mereka yang baru nak belajar-belajar memasak, boleh cuba resepi ni. Kira anak-anak pun okey kalau makan tak pedas.

Ikan tu terpulang, tapi kali ni saya guna ikan senangin, saiz sederhana. Kalau besar, ikan senangin ni kita panggil ikan kurau. Saya masak dalam 5 ekor macam tu dan guna pati santan, tak pun guna je santan kotak, senang cerita kan. Anda boleh letak apa-apa sayur kegemaran dalam dia. Saya letak tomato saja.

Lepas tu saya goreng keropok. Keropok tu Ganu mari, itu hari adik ipar pergi kenduri kahwin disana. Maka dapat lah saya rezeki keropok ni. Jadi keropok ni regu makan dengan kari ikan senangin ni. Perghh memang meletoplah dinner kami semalam.

Jom intai resepi saya yang mudah ini 🙂

Artikel Lain:

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan senangin-saiz sederhana
  • 1 peket serbuk kari ikan-dibancuh dengan sedikit air dan secubit garam
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 1/2 cawan santan
  • 1 keping asam gelugor

Bahan tumis:

  • 1 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • * Semua bahan ni di hiris nipis/di mayang halus
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/4 sudu teh halba
  • 1/4 sudu teh biji sawi
  • 1/4 sudu teh jintan putih (jintan halus)

Bahan sampingan:

  • Bendi
  • 1 biji tosayao-belah 4
  • 5-6 biji cili padi
  • Minyak untuk menumis
  • Garam gula secukupnya

Cara-cara:

  • Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan-bahan yang dimayang halus. Kacau sebentar.
  • Kemudian masukkan halba,biji sawi,jintan putih dan daun kari. Kacau lagi sehingga bawang dan halia betul-betul garing.
  • Masukkan cili kisar..kacau hingga garing kemudian masukkan pes serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak dengan api yang kecil. Hendaklah di kacau selalu supaya tidak hangus.
  • Bila dah garing dan pecah minyak..masukkan santan.
  • Masak atas api sederhana.Bila santan telah mendidih..masukkan ikan dan asam keping.
  • Bila ikan telah masak,kecilkan api..masukkan bendi,tosayao dan cili padi.
  • Perasakan dengan garam dan gula.Biarkan sekejap dan boleh tutup api.

Faedah ikan senangin:

Berikut faedah ikan senangin untuk kesihatan: mencegah kanser, menguatkan sistem imun, mengurangkan risiko diabetes, ikan senangin boleh mencegah penyakit arteri koronari, mengandungi DHA dan EPA, luka mempercepatkan penyembuhan parut pembedahan, kaya dengan serat yang baik untuk penghadaman ikan, faedah merawat senangin dermatitis, membuat badan kelihatan begitu macho ikan tekanan untuk merawat senangin, mencegah obesiti, mengurangkan risiko kanser payudara, merawat bengkak kaki, mengatasi sakit kepala, mengurangkan lesu-lesu badan.

Selamat mencuba… 🙂

Read More: Resepi Gulai Lemak Ikan Talang Masin dengan Nenas

Cara Memasak Kari Ikan Senangin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *