¬†Assalamu’alaikum…

Oklah cerita pasal menu petang ni, layan ajelah apa yang ada ni. Dah lama sebenarnya masak Sup Ikan Salmon ni. Sengaja tak letak entry rapat-rapat dengan entry ikan salmon yang dulu tu. Takut nanti dikatakan haii.. banyak benar pitih orang ni dok makan ikan salmon. hehe… Sebenarnya ini saki baki ikan salmon yang dibeli dulu tu. Kalau masih ingat, sebelum bulan puasa lagi. haha.. Cuma saya sengaja letak entry ikan salmon ni jarak-jarak sikit, lepas-lepas ni ada lagi insyaAllah. Tapi tak tau bilalah tu gilirannya enterprem. hehe… Layari juga channel youtube saya RMI CHEF.

Masa beli ikan salmon dulu saya berkongsi dengan member sekerat sorang sebab ikan ni agak besar jugak, pancit kalau nak beli sekor.. hehe.. Tapi bila tiba masa nak masak, rasa nak ubah selera pulak. Google-google resepi jumpa resepi Sup Ikan Salmon ni dari resepi kawan dekat. Saya pun masak jelah, tapi dengan sedikit ubaisuai. Thanks ye kawanku diana untuk resepi ni. Tapi saya tak berapa lalu pulak makan ikan ni bila masak berkuah. hehehe… Nasib baik hubby boleh makan, so dialah yang laju. Saya cubit isi-isi dia jer. Jom tengok resepi…

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan Sup:

  • 1 Sb Minyak zaitun
  • 3 Biji bawang putih
  • 1 Pot air rebusan ayam ( ambil ayam bahagian bertulang pun boleh, rebus & ambil airnya)
  • 1/2 Biji limau kasturi
  • 1 Biji lobak merah
  • 1/2 biji limau mandarin (perah ke dalam kuah)
  • Hirisan kulit limau mandarin
  • 4-5 keping hirisan limau mandarin
  • 1 Sb madu
  • 1 Sb tepung jagung ( cairkan dengan air dahulu)
  • Secubit garam
  • Secubit lada putih Mak Siti

Bahan Perapan Salmon:

  • 2 ketul salmon sederhana besar
  • 1 Sb minyak zaitun
  • 2 Biji Bawang putih
  • Secubit lada hitam Mak Siti
  • 1 Sk serbuk cili Mak siti

Cara Membuat Sup:

  • Masukkan minyak masak/minyak zaitun dan tumis bawang putih
  • Bila bawang dah naik bau wangi, masukkan air rebusan ayam
  • Tambahkan garam, serbuk lada putih Mak Siti, jus limau kasturi, madu
  • Perahkan limau mandarin ke dalam sup yang sedang dimasak
  • Hiriskan sedikit kulit limau mandarin ke dalam sup
  • Masukkan lobak merah yang dah siap dipotong (ikut suka)
  • Biarkan seketika
  • Setelah kuah sup mendidih, masukkan tepung jagung yang dahpun digaul dengan air
  • Gaul sebati kemudian masukkan hirisan limau mandarin ke dalam kuah sup itu tadi
  • Matikan api dan kita beralih untuk perap ikan salmon pulak
  • Untuk perapan salmon, campurkan minyak zaitun, bawang putih yang ditumbuk halus, lada
  • hitam, serta serbuk cili Mak Siti.
  • Gaul rata kemudian sapu di bahagian atas kedua belah ikan salmon
  • Goreng ikan salmon di atas kuali panas. Jangan terlebih masak. Agak-agak saja.
  • Angkat dan hidang ke dalam pinggan
  • Tuangkan kuah sup tadi terus ke dalam pinggan salmon tersebut

Simple dan mudah sahaja kan resepi Sup Ikan Salmon ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu serta kawan-kawan di luar sana. Selamat mencuba…

Read More: Resepi Asam Pedas Kepala Ikan Salmon Sedap dan Simple

Cara Masak Sup Ikan Salmon Mudah dan Ringkas Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *