Assalamu’alaikum…

Cara Masak Sup Ikan Jenahak Paling Sedap – Syukur Alhamdulillah. Apa khabar semua?… Moga-moga sihat wal afiat hendaknya. Rancangkan lah sesuatu yang lebih baik di hari Minggu ini. Mulakan lah dengan ‘Bismillah’ disertai azam untuk jadi lebih baik. Berilah kemaafan sejujur dan seikhlasnya dari hati. Segala yang baik Insya Allah akan dikabulkan oleh NYA. Aamiin …

Dah lama rasanya tak makan sup ikan. Teringat ketika masih kanak-kanak, selalu makan nasi berlaukkann sup ikan. Sedappp nyer !! Lepas makan nasi sampai ‘licin’ pasti dapat hirup kuah nya banyak-banyak sepuas hati. Ahaaaiiii! Indahnya zaman kanak-kanak, jika kehendak hati dapat dipenuhi dah cukup membahagiakan. Walaupun permintaan itu tidak lah sesukar mana pun sebenarnya kan?…

Betapa gembira rasa hati bila lihat anak-anak saya berselera makan nasi bersama Sup Ikan Jenahak. Terutama sekali Fardhan. Niat di hati nak masak Sup Ikan Merah, malangnya masa saya gi market tak der pula Ikan Merah. So, saya gantikan ajer dengan Ikan Jenahak. Sedap juga tentunya. Resepi ini ambil terus dari paket Sup Ikan Adabi. Saya copy paste ye…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan jenahak (ikan bawal/kerapu/senangin pun boleh) – potong-potong
  • 2 ulas bawang merah – hiris
  • 1 ulah bawang putih – hiris
  • 3 tangkai cili padi – hiris (tak potong sebab budak-budak nak makan)
  • 1 inci halia – ketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu makan rempah sup
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Minyak untuk menumis
  • Daun bawang dan daun sup – hiasan
  • Garam dan gula – secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara Membuat:

  • Tumis bahan hiris sehingga naik bau.
  • Masuk rempah-rempah (kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih)
  • Masuk rempah sup dan lada sulah. Tumis sebentar.
  • Masukkan air.
  • Bila air sudah mendidih, masukkan ikan.
  • Masukkan garan dan gula.
  • Renihkan kira-kira 15-20 minit supaya semua rasa mesra.
  • Bila rasa dah OK, hidangkan panas-panas.
  • Tabur daun sup dan daun bawang. Boleh juga taburkan bawang goreng. Perahkan asam limau nipis.

Tips untuk memasak lauk ikan berkuah:

  1. Selalunya, setiap kali saya nak masak lauk berkuah, terutama ikan, saya masak dulu kuah sampai menjadi. Perasakan siap-siap sampai kuah rasa sebati. Lepas tu baru masukkan ikan.
  2. Untuk lebih sedap, seeloknya masak dua jam sebelum makan. Biar semua rasa bahan-bahan dan ikan jadi sebati.
  3. Saya sebenarnya bab-bab masak ni, banyak lagi peringkat yang kena diperbaiki. Mana yang menjadi saya boleh kongsi. Kalau yang tak sedap tu, tak payah.
  4. Seeloknya kalau orang yang tinggal kat KL ni, bila beli ikan tu masak cepat-cepat. Jangan disimpan lama-lama dalam peti ais. Pernah jugak saya masak lauk ikan lain, bila nak makan macam dah nak hancur.

Hidangan ni kan, juga sangat sesuai kita masak untuk menu siang hari selepas aktiviti. Satu, sebab sepanjang hari kita dah kekurangan air, so lauk yang berasaskan sup memang sangat digalakkan. Kedua, sebab mudah sangat nak sediakan. Tak ambik masa lama pun. So, jangan lupa cuba resepi ni ye…

Read More: Resepi Sotong Masak Kari yang Wajib Cuba

Incoming search terms:

Cara Masak Sup Ikan Jenahak Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *